Sunday, January 15, 2012

Laporan Lawatan MeCOM ke BTPN Sabah




LAPORAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAH DAN BENGKEL ISU-ISU KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN



TARIKH LAWATAN
9 Januari 2012


TEMPAT LAWATAN
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
Lorong Sahabat
Off Jalan Penampang Lama
89500 Penampang
Sabah



TEMPAT BENGKEL : BILIK MAWAR BTPN PENAMPANG



ANJURAN
Pelajar Sarjana Komputer dalam Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

“BERTEKAD CEMERLANG”


LAPORAN PENUH LAWATAN DAN BENGKEL ISU-ISU TERKINI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN



1.0     PENDAHULUAN

Pelajar ambilan ke-2 (Kohort 2) program sarjana Komputer dalam Pendidikan Universiti Malaysia Sabah terdiri daripada 8 orang pelajar yang mengambil kursus TC60404 sebagai kursus teras. Selain itu kursus pada kali ini turut di ambil oleh 2 orang pelajar sarjana Pengurusan Kurikulum. Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan merupakan antara kursus yang menyediakan pelajar tentang perkembangan teknologi pendidikan.

Dengan perkembangan yang semakin pesat dalam bidang teknologi, kandungan kursus ini amat penting dalam menyediakan pengetahuan dan kemahiran. Oleh yang demikian lawatan ini amat penting untuk memberi pendedahan kepada peserta program untuk memahami dengan lebih mendalam tentang peranan dan ilmu yang boleh dikongsi bersama Bahagian Teknologi Pendidikan.


2.0        TUJUAN PROGRAM

Program Sarjana Komputer dalam Pendidikan adalah antara program baru yang dilaksanakan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah. Kami kumpulan kedua program yang terdiri daripada guru-guru dan individu lain yang berkhidmat di dalam bidang pendidikan di negeri Sabah.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan tugasan dan pelajar akan didedahkan dengan:

2.1         Tujuan penubuhan dan peranan utama Bahagian Teknologi Pendidikan.
2.2         Aspek-aspek terkini dalam pendidikan yang berasaskan komputer.
2.3         Pembangunan sistem maklumat atau mana-mana perisian seperti ujian sistem secara praktikal yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan.
2.4         Penggunaan sistem maklumat atau mana-mana perisian yang digunakan dan dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan untuk tujuan pendidikan di Sabah.

3.0     MISI PROGRAM

Melahirkan warga pendidikan yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing khususnya dalam aspek perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih.


4.0     MATLAMAT

Matlamat program lawatan ini adalah bagi menyediakan graduan sarjana dalam pendidikan yang:

4.1         Seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat menguasai ilmu dan kompetensi generik.
4.2         Mampu menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu.
4.3         Mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh.
4.4         Mempunyai sudut pendangan yang luas dalam aspek perkembangan teknologi pendidikan khususnya dalam aspek komputer dan teknologi maklumat.
4.5         Memahami peranan setiap cabang pentadbiran dalam Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.6         Berdaya saing dipasaran kebangsaan dan antarabangsa.


5.0        OBJEKTIF LAIN

Antara objektif penting program lawatan ini ialah seperti berikut:

5.1         Memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan teknologi pendidikan dalam ruang lingkup pendidikan negara.
5.2         Mengeratkan hubungan antara pelajar Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan.
5.3         Menyemaikan sikap empati dan bertimbang rasa dalam diri pelajar Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan.
5.4         Memupuk kerjasama antara pelajar Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan yang berbilang kaum dan mempunyai latarbelakang kerjaya yang berbeza.
5.5         Melahirkan mahasiswa sarjana yang kreatif dan berdaya saing.


6.0     TEMA PROGRAM

          “Teknologi ICT Menjana Tranformasi Pendidikan Negara”


7.0     ANJURAN DAN ORGANISASI

          Pelajar Sarjana Komputer dan Pendidikan (Kohort 2).
          Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Universiti Malaysia Sabah.
         


CARTA ORGANISASI PROGRAM

Penasihat
Dr. Sabariah Shariff
Pensyarah Program Sarjana Komputer
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah

Pengerusi : Franjie bin Haji Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi : Fannie Ferdinard

Penyelaras : Sitti Junaidah Binti Ambo

Setiausaha : Junaidi bin Mohamed

Bendahari : Roy Bonnie Bernard


 Pengarah Program                              : Abdul Basit bin Mokhtar
 Pengarah Tugas-Tugas Khas             : Yau Pool Chern
 Pengarah Dokumentasi & Teknikal : Marie Shirlean Mekilen
 Pengarah Makanan                        : Farahiah Huda Husin
 Cenderamata Program                       : Irawani Munira Ismail
                                                              : Zuriani Mohd Ariffin

 
8.0     TARIKH DAN MASA PROGRAM

Nama Program       : Lawatan Sambil Belajar ke Bahagian Teknologi
  Pendidikan Negeri Sabah.
Tarikh                     : 9 Januari 2011
Masa                    : 8.30 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat Program     : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
                              Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,
                              89500 Penampang, Sabah.


Nama Program       : Bengkel Isu-isu Komputer dalam Pendidikan
Tarikh                    : 9 Januari 2011
Masa                     : 2.00 – 4.00 Petang
Tempat Program     : Bilik Mawar
  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
                              Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,
                              89500 Penampang, Sabah.


9.0     TEMPAT PROGRAM

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah,
Lorong Sahabat,
Off Jalan Penampang Lama,
89500 Penampang,
Sabah.
Telefon:       088-71-934
Web Portal Rasmi:  http://www.btpnsabah.edu.my


10.0   PUBLISITI

Bagi memudahkan kumpulan peserta, program ini telah dinyatakan secara berkala di 2 capaian berikut:

Laman Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/MeCOMUMS



11.0   PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah pelajar        : 10 orang


12.0   TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAH DAN BENGKEL ISU-ISU KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


TARIKH DAN MASA
PERKARA
7.00 PAGI
Berkumpul dan sarapan pagi

7.30 PAGI
Taklimat ringkas dan bertolak

8.00 PAGI
Sampai ke BTP Sabah, Penampang

8.30 PAGI
Taklimat ringkas pegawai BTP

9.00 PAGI
Lawatan berjalan

12.00 TGH HARI
Rehat dan makan tengahari

2.00 PETANG
Bengkel dan Latihan
-      Ceramah
-      Aplikasi
-      Soal Jawab

4.00 PETANG
Majlis dijangka selesai




13.0   PERBELANJAAN PROGRAM

Berdasarkan lawatan yang telah dilaksanakan pada 9 Januari 2012, ringkasan perbelanjaan adalah seperti berikut:

BIL
PERKARA
RM
1.
2.

3.
Cenderamata program
Upah penceramah: Pegawai BTP
(RM50 x 2 jam )
Makanan (RM20 x 1 hari x 9 orang)
RM      50.00
RM      00.00

RM      00.00

JUMLAH
RM     50.00

          ***    Upah penceramah dan makanan disediakan sendiri oleh pihak
BTPN Sabah

 14.0   MAKLUMAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

          Pelajar Sarjana Komputer dalam Pendidikan,
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.

Atau hubungi : 016-8116860
( u/p : ENCIK FRANJIE BIN HAJI ABDUL RAHMAN )
Ketua Program – Cohort 2
Sarjana Komputer dalam Pendidikan


15.0   LAPORAN BERGAMBAR

Perancangan awal untuk melaksanakan program ini adalah melalui perbincangan ringkas bagi memastikan matlamat Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan dapat dilaksanakan. Selepas mendapat persetujuan dan kata sepakat, carta organisasi telah dibentuk serta logo ringkas untuk program lawatan dan bengkel telah dibuat seperti berikut:

Logo Lawatan : Hakcipta terpelihara


Seterusnya kertas kerja telah dihasilkan untuk dilampirkan bersama-sama dengan surat permohonan kepada pihak BTPN Sabah. Kertas kerja tersebut telah diedarkan kepada semua pelajar bagi memudahkan urusan menjalankan tanggungjawab untuk menjayakan program ini. Disebabkan kekangan tugasan rasmi, setiap urusan dijalankan menggunakan teknologi internet di samping penggunaan telefon bimbit.

Secara keseluruhannya, lawatan dan bengkel ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Banyak aspek tentang perkembangan teknologi yang telah diaplikasi dalam sistem pendidikan negara khususnya di sabah telah dibincangkan. Antara aspek tersebut ialah:

i.             Program 1BestariNET
ii.            Project Base Learning (PBL)
iii.           Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
iv.           Learning System Management (LMS)
v.            Mobile-Learning
vi.           E-Learning
vii.         U-Learning (Ubiquitous Learning)
viii.        Persidangan Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
ix.           Digital Story Telling
x.            Festival Filem Digital Pendidikan
xi.           Konsep Pembestarian Sekolah
xii.         Maxis Cyberkids

Semua aspek-aspek yang telah disenaraikan di atas telah berjaya dilaksanakan dalam perkembangan sistem pendidikan di negeri Sabah selaras dengan matlamat utama penubuhan BTPN untuk meningkatkan sistem pendidikan melalui aplikasi teknologi dalam pendidikan.

16.0   PENUTUP

Program ini telah mendapat perhatian dan sokongan di mana program seperti ini adalah amat dialu-alukan dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan BTPN Sabah. Malahan pihak BTPN turut menggunakan media laman sosial rasmi mereka untuk mengalu-alukan kehadiran lawatan daripada pihak luar. Rujuk Gambar berikut: Program ini telah berjalan dengan lancar dan banyak maklumat tentang perkembangan dalam aspek teknologi pendidikan negara di bawah kendalian pihak BTPN Sabah dan BTP Kementerian Pelajaran Malaysia telah didedahkan kepada peserta program.


Semoga projek seperti ini dapat memberi manfaat dan segala kelemahan dan kekurangan akan dapat diperbaiki

Sekian.

Disemak oleh:

______________________________
(FRANJIE HAJI ABDUL RAHMAN)
Ketua Program
Sarjana Komputer dalam Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah.

 
       
Disediakan oleh:

_______________________________
(JUNAIDI BIN MOHAMED)
Setiausaha Program
Sarjana Komputer dalam Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah.
            



Disediakan untuk:

_________________________________
(DR. SABARIAH BINTI SHARIF)
Pensyarah Kursus
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saturday, January 7, 2012

Apa akan Menyusul Selepas Teknologi Web 2.0?

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang layak untuk menjelaskan tentang apa yang akan berlaku selepas letusan hebat teknologi web 2.0 dewasa ini. Walau bagaimanapun, ledakan tersebut telah mengubah sebahagian besar yang berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang pendidikan negara. Secara langsung golongan yang dipanggil sebagai pendidik, Guru, Cikgu, Pensyarah, dan istilah lain yang berkaitan dengan bidang pendidikan terpaksa melibatkan diri dalam perubahan gelombang teknologi yang tidak boleh dibendung ini. Lihatlah pada hari ini apabila golongan pelajar hatta masih berada di pendidikan sekolah rendah sudah memiliki akaun laman sosial dan golongan mahasiswa pula lebih selesa mendapatkan maklumat di perpustakaan melalui talian internet berbanding membaca buku rujukan. Keadaan ini boleh dilihat melalui gelagat mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang tidak lekang dengan komputer riba mereka walaupun berada di ceruk mana kampus khususnya di perpustakaan yang menawarkan talian internet yang mudah kepada mereka. Ia amat berbeza dengan zaman aku mengikut pengajian ijazah pertama semasa kampus tetap Teluk Sepanggar dibuka secara rasmi. Kami selesa meminjam buku di perpustakaan dan membuat catatan di buku nota sebelum menterjemahkan hasil tugasan di komputer meja yang kadangkala dikongsi hampir 10 orang pelajar.

Pada hari ini, ledakan web 2.0 banyak membawa perubahan dalam aspek cara pelajar untuk mendapatkan maklumat di samping cara berkongsi maklumat dalam kalangan mereka. Seperti yang sedia diketahui web 2.0 telah mengambil alih web 1.0 melalui konsep perkongsian maklumat hampir tiada batasan melalui platform seperti laman sosial facebook, youtube, kolabarasi melalui wikipedia, dan hujah atau pandangan melalui laman blog. Malahan kewujudan telefon pintar, tablets, dan Wifi telah merancakkan lagi perkembangan teknologi web 2.0 melalui peningkatan kadar pengguna atas talian khususnya di Malaysia. Ini menimbulkan pelbagai kesan khususnya dalam aspek yang berkaitan pengurusan maklumat dalam kalangan remaja. Tengoklah keadaan remaja khususnya di sekolah (pendidikan menengah) pada hari ini yang digambarkan melalui akaun laman sosial facebook mereka. Ianya seolah-olah menjadi satu budaya atau trend untuk memiliki akaun facebook kerana laman sosial tersebut adalah antara laman yang paling diminati di Malaysia. 

Pakar-pakar dalam teknologi internet menganggap perkembangan dari teknologi web 2.0 kepada web 3.0 akan di dasari oleh penambahbaikan dalam aspek ketepatan dan kepelbagaian hasil carian dalam talian. Malahan ianya merujuk kepada bagaimana maklumat pengguna diurus tadbir untuk memastikan ketepatan dan keselamatan dalam aspek penggunaan talian internet ini. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah apabila ledakan web 3.0 ini berlaku nanti. Ini kerana ianya pasti akan membawa pelbagai kesan kepada gaya pelajar untuk mendapatkan maklumat di samping berkongsi maklumat tersebut bersama-sama mereka mahupun guru atau pensyarah mereka. Begitu juga apabila web 3.0 beralih kepada web 4.0 seterusnya. 

Sebenarnya perkembangan web 2.0 ini sahaja telah memberikan impak yang amat besar dalam bidang pendidikan negara. Peralihan seterusnya akan lebih banyak memberikan impak yang boleh dilihat oleh siapa sahaja khususnya seorang guru di Sekolah Menengah.


Sumber Gambar

Nota Tomato:
1. Maklumat Lanjut di: Hongkiat.Com
2. Aku tak dapat bayangkan bagaimana guru sekolah menengah mengajar 20 tahun akan datang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...