Sunday, October 14, 2012

Majlis Konvokesyen Universti Malaysia Sabah Kali Ke-14

Tahniah kepada semua pelajar Sarjana Komputer dalam Pendidikan Kohort 2 (2010), semoga majlis kali ini akan dapat menjadi pencetus semangat dan motivasi untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 



Terima Kasih Kepada:
1. Universiti Malaysia Sabah
2. PLUMS
3. Pusat Pengajian Pascasiswazah
4. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS
5. Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan, KPM
6. Bahagian Teknologi Pendidikan JPN Sabah
7. Semua pihak yang terlibat sepanjang pengajian kami (sekolah, JPN Sabah, PPD, dll)

Kepada Pensyarah Kami, Jasa anda amatlah dihargai:
1. Dr. Tan Choon Keong
2. Dr. Lay Yoon Fah
3. Dr. Sabariah Sharif
4. Prof Madya Dr. Baharom bin Mohamad

Dari Kami
BIL
NAMA
NO. MATRIK
NO. HP
EMAIL
1
FRANJIE ABUL RAHMAN (K)
PT20107039C
016-8116860
franjiebo@yahoo.com
2
ABDUL BASIT MOKHTAR
PT20107033C
019-4408899
basit_si@yahoo.com
3
FARAHIAH HUDA HUSAIN
PT20107038C
019-2238896
farahiah.hud@gmail.com
4
FANNIE FERDINAND
PT20107037C
012-8317648
fan20@yahoo.com
5
MARIE SHIRLEAN MEKILEN
PT20107043C
016-8105360
mari_kul@yahoo.com
6
SITTI JUNAIDA BT AMBO
PT20107046C
019-8734040
fantasiana101178@yahoo.com
7
YAU POOL CHERN
PT20107047C
013-8922860
pcjau206@gmail.com
8
JUNAIDI MOHAMED
PT20107040C
013-8238333
aku87@gmail.com
9
ROY BONIE BERNARD
PT20107045C
013-8737753
aradia_ro@yahoo.com



Nota:
1. Dr. Sabariah : Prof Madya Dr. Sabariah (Buatlah jamuan untuk kami kalau dah confirm)
2. Dr. Tan Choon Keong : Tiada nama dalam senarai staff terbaru UMS (rakan-rakan ada info tak?)
3. Prof Madya Dr. Baharom (Selamat kembali bertugas)
4. Roy Bonie : Selamat bercuti panjang di Negara orang (tag gambar selalu masa bercuti), tolong kirim jersey arsenal... haha

Sunday, July 22, 2012

Menganalisis Graf Taburan Normal untuk Data Kuantitatif


Bagaimana Menganalisis Data Kuantitatif
  
Penulis ingin berkongsi bagaimana kita nak lihat sama ada hipotesis kajian mempunyai perbezaan yang signifikan atau tidak, adakah ia menunjukkan sebarang korelasi atau hubungan. Di sini, penulis ingin menyatakan dalam gaya bahasa yang bersahaja agar para pengkaji atau bakal pengkaji di luar sana mudah untuk memahami apa yang ingin penulis sampaikan dalam topik ini. Penulis menyarankan agar para pengkaji berupaya membuat interpretasi dalam jadual output SPSS berdasarkan table dan result findings untuk memahami nilai. Kita haruslah melihat pada nilai minnya dan susulan daripada itu kita akan mengetahui bahawa hipotesis kita adalah signifikan atau tidak. Dalam topik ini, kita akan belajar bagaimana untuk menganalisis graf taburan normal terlebih dahulu. 

Adalah penting untuk para pengkaji untuk menginterpretasi data. Min adalah lebih kepada most useful one compare to median and mode. Standard deviation (sisihan piawai) pula brapa jarak antara sesuatu skor dengan min. Daripada graf, steep adalah memuncak , manakala flat pula adalah landai. Para pengkaji disarankan agar membaca jadual (table), berikan SD-nya (standard deviation), dan apa maklumat yang boleh kita dapat dari SD, samada memuncak atau landai. Jikalau taburan memuncak, SD is more, kalau taburan flat, SD taburan adalah less.

Berikut adalah taburan data secara normal.

 Ini adalah contoh graf taburan normal. Paksi tengah tu adalah mewakili min, mod dan juga median. Terdapat dua contoh graf; A dan B. Kita dapati A paling dekat dengan garis min, oleh itu, SD utk A adalah lebih kecil dari SD untuk B


 
Standard Deviation (SD)

1.Berdasarkan rajah di atas, contoh : jika min ialah 20, SD ialah 5, 1SD = 5. Jarak dari min ialah 5, so dari graf, 20+5 =25, +1SD = 25, -1SD=15 (20-5=15)…dan seterusnya. Diberi 68% pelajar dalam lingkungan 15-25 marks

2. +2SD = 20+5+5 =30 jauh dr min, -2SD=20-(5+5)=10 jauh dari min.diberi 95% pelajar dalam lingkungan 10 – 30 marks

3. +3SD = 20+5+5+5=35 jauh dari min. -3SD=20-(5+5+5)= 5 jauh dari min. diberi 99% pelajar berada dlm lingkungan 5-35 marks

4. we know that 95% - 68% = 27%, 27%/2 = 13.5%

5.  99% - [ (27%)+(68%) ] = 4%, 4%/2 = 2%.

Di harap penerangan di atas membuatkan para pengkaji di luar sana lebih jelas akan interpretasi graf taburan normal ini. 

Jika ada salah dan silap dalam penerangan yang tidak seberapa ini, boleh la komen untuk memperbaiki dan menambah ilmu pengetahuan penulis. Like they said, sharing is caring :)



Tuesday, July 17, 2012

Isu Cadangan untuk Membenarkan Murid Membawa dan Mengguna Perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

CLICK UNTUK KE LINK SEBENAR




Sistem pendidikan negara akan terus menyinar dengan aplikasi ICT yang menjurus kepada penggunaan peralatan ICT di sekolah. Dengan kewujudan program pembestarian sekolah, 1Bestari.Net dan pelbagai aspek berkaitan dengan aplikasi ICT di sekolah boleh dipertingkatkan melalui perpaduan dalam pelaksanaan program berkaitan ICT. Semoga ada kajian ilmiah penuh untuk isu ini seperti yang berkaitan dengan pendirian saya. Warga MeCOM menyokong dasar pembudayaan IT dan ICT dalam kalangan pelajar sekiranya diurus tadbir dengan cara dan acuan Malaysia.

Wednesday, July 11, 2012

Ceramah dan Bengkel 2012


Kadangkala, dengan gambar... ia memberi seribu makna

Wednesday, June 20, 2012

Ceramah Etika dan Keselamatan Penggunaan Laman 2.0 serta Bengkel Atas Talian 2012

Persediaan terakhir untuk semester terakhir kami dapat dilaksanakan walaupun semua dikekang dengan kesibukan dan kekangan-kekangan tugasa lain yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, diharap program yang bermanfaat khususnya untuk golongan murid-murid sekolah rendah ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti. Ini adalah sebagai tanggungjawab kepada kami untuk membawa golongan murid-murid sekolah rendah yang semuanya adalah golongan "Digital Native" yang mempunyai pendedahan terhadap penggunaan ICT.

Walaupun program ini tertangguh disebabkan beberapa masalah, kami berharap ianya akan berjalan lancar pada hari yang telah ditetapkan. Umumnya, program ini bertujuan untuk melaksanakan tugasan dan peserta yang terdiri daripada calon UPSR akan didedahkan dengan:

2.1 Etika penggunaan laman sosial 2.0.
2.2 Aspek-aspek terkini dalam pendidikan yang berasaskan komputer.
2.3 Keselamatan menggunakan kemudahan ICT khususnya keselamatan atas talian (penggunaan internet).
2.4 Pembangunan sistem maklumat atau mana-mana perisian seperti ujian sistem secara praktikal yang digunakan dalam bidang pendidikan.
2.5 Pembelajaran atas talian yang memenuhi garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.6 Teknik-teknik belajar dalam kalangan calon UPSR untuk matapelajaran matematik.
2.7 Teknik menjawab soalan Matematik UPSR.


Sunday, April 29, 2012

Keselamatan Penggunaan Internet Untuk Kanak-Kanak

Semenjak meneruskan pengajian di peringkat "Sarjana Komputer dalam Pendidikan" tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk membuat satu perubahan yang mungkin jarang dilaksanakan secara menyeluruh dalam erti kata dunia kanak-kanak. Ini mungkin disebabkan oleh latar belakang cara kanak-kanak membesar yang sezaman dengan aku yang lebih berorientasikan kepada suasana dan keindahan kampung dan dalam erti kata penggunaan internet, golongan Digital Immigrant seperti aku dan rakan-rakan sepengajian tidak terdedah dengan budaya penggunaan internet. Malahan golongan yang lahir sebelum tahun 1990-an memang dikategorikan sebagai Digital Immigrant dan ketegarannya adalah bergantung kepada penerimaan individu terhadap perkembangan dan ledakan teknologi komputer (internet) ini dalam dunia seharian mereka.

Tapi apa yang kurang terlintas dalam pemikiran ramai golongan pendidik pada hari ini ialah peri betapa pentingnya keselamatan internet dalam kalangan kanak-kanak (khususnya anak-anak) yang masih mengikuti pengajian di peringkat sekolah rendah yang rata-ratanya adalah golongan Digital Native yang memang mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan internet sebagaimana layaknya golongan Digital Immigrant yang mandi sungai 20 tahun yang lampau semasa di bangku sekolah. Jadi bagi aku memang istilah kanak-kanak berdasarkan definisi dalam Malaysia yang menyatakan bahawa "Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001" berdasarkan Dasar Kanak-Kanak Negara berbeza dengan definisi negara lain dan ianya boleh dirujuk di sini

SUMBER : KLIK UNTUK KE LAMAN SEBENAR

Jika dibandingkan dengan konsep yang ditekankan dalam aspek keselamatan internet oleh laman web Kidsmart.UK berdasarkan gambar di atas, kanak-kanak dikategorikan kepada dua kelompok utama iaitu kumpulan peringkat utama iaitu berumur 8-11 tahun dan kumpulan peringkat asas iaitu berumur 3-7 tahun. Oleh yang demikian, kajian internet awal untuk aku dan rakan-rakan melaksanakan projek TT60204 Dinamika Organisasi Pendidikan ini memberikan banyak idea asas yang boleh dilaksanakan dalam ceramah dan bengkel yang dirancang sekitar pertengahan Mei di SK. Sembulan dan SK Seri Gaya Kota Kinabalu nanti. Perbincangan yang kami fokuskan melalui aplikasi atas talian yang menjadi asas untuk berhubung sesama sendiri meletakkan persoalan bagaimana golongan kanak-kanak (khususnya sekolah rendah) terdedah dengan bahaya penggunaan internet dan jika mereka tidak dibimbing dari awal dengan cara yang betul, mereka boleh tersasar dari landasan falsafah pendidikan negara dan usaha melahirkan generasi celik IT yang menekankan aspek moral akan tinggal kenangan.

Apa yang kami ingin kongsikan nanti ialah bagaimana golongan kanak-kanak perlu didedahkan dengan konsep keselamatan penggunaan internet sebagai langkah menangani persoalan tentang golongan ibu bapa dan para guru yang majoritinya adalah golongan Digital Immigrant dan sukar bersaing dengan kemampuan anak-anak dan pelajar mereka dalam aspek mempelajari sesuatu dari dunia maya. Ini kerana golongan kanak-kanak tidak boleh dinafikan hak mereka untuk menggunakan internet, tetapi jika mereka diberi bimbingan yang betul dan tidak mustahil konsep ilmu dapat ditebarkan dengan lebih bermakna iaitu kanak-kanak yang memahami tentang konsep keselamatan ini akan mampu mencari maklumat yang berguna untuk masa depan dan kegunaan akademik mereka. Adalah mustahil untuk ibu bapa dan para guru mengawal tingkah laku anak-anak dan pelajar mereka dalam aspek penggunaan internet ini dengan ledakan teknologi Web 2.0 yang antaranya rangkaian sosial facebook (rujuk entri tentang betapa keselamatan penting kesan daripada facebook di SINI) menjadi laman yang paling diminati di Malaysia dan ramai dalam kalangan kanak-kanak memiliki dan aktif berfacebook.

Dalam peringkat perancangan awal ini, memang tidak aku nafikan bahawa terdapat usaha-usaha yang berterusan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran khususnya untuk mendidik golongan kanak-kanak tentang kepentingan memahami konsep keselamatan penggunaan internet ini. Malahan trend di negara-negara maju sudah lama melihat kepentingan memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak tentang keselamatan internet ini. Buktinya boleh dilihat melalui gambar-gambar muka depan laman penting berikut:

Laman Kidsmart UK : MASUK KE LAMAN

Laman "Rice Lane Infant and Nursery" di Liverpool, UK : MASUK KE LAMAN

Tip oleh  Rice Lane Infant and Nusery School : SUMBER

Dalam konteks negara Malaysia pula, memang tidak boleh dinafikan isu tentang keselamatan penggunaan internet sudah banyak diperdebatkan dan menjadi antara kesan ledakan teknologi komputer dan internet sejak beberapa dekad lalu semenjak konsep Sekolah Bestari (kelajuan internet yang menjadi penghalang utama). Walau bagaimanapun isu tentang keselamatan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak masih berada di tahap yang kurang dari kaca mata kami dan penglibatan yang aktif golongan kanak-kanak secara berhemah perlu disemai dan perkongsian kemahiran dan pengetahuan kami kepada pelajar sekolah dan guru-guru sekolah terlibat sebagai batu loncatan untuk program-program yang lebih besar di kemudian hari. Ini kerana konsep Dinamika Organisasi Pendidikan boleh dipratikkan tanpa meletakkan minat dan pengetahuan kami di luar ruang lingkup kursus tersebut. Pengurusan dalam kerja berpasukan telah kami capai dengan penuh makna sebelum ini (Rujuk di SINI) dan kursus semester akhir ini sekali lagi kami akan berkongsi kemahiran dari sudut pandangan golongan kanak-kanak pula.

Berbalik kepada isu keselamatan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia sudah ditekankan oleh pihak CyberSecurity sebagai badan penting dalam aspek keselamatan ICT Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran khususnya. Pihak CyberSecurity dengan kerjasama MOSTI telah mewujudakan satu laman web yang boleh diakses oleh ibu bapa, para guru, dan pengguna internet lain yang berminat. Walau bagaimanapun, pemerhatian rambang aku dalam aspek ini masih lagi terhad kerana belum melibatkan pelajar dalam aspek yang formal dengan tidak menolak kepentingan mereka belajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Oleh itu, penggabungan tentang isu keselamatan ini akan didedahkan melalui ceramah dan seterusnya digabungjalinkan dengan pembelajaran atas talian semasa pelaksanaan projek kumpulan ini nanti. Rujuk gambar-gambar berikut:

Laman Khusus Untuk Keselamatan ICT untuk Kanak-Kanak CyberSecurity. MASUK

Aplikasi permainan, nama aku pun tak muat. Teringat nama member masa sekolah
"Awangku Mohd Akramin Awangku Salleh"

Aspek asas keselamatan ICT. Mana anda letak password email anda?
Aku pernah jumpa password email hanya "."

Poster Menarik, boleh rujuk di SINI

Gambar-gambar di atas menjadi asas dalam penghasilan bahan ceramah yang akan dibuat semasa pelaksanaan program tersebut nanti. Kemudian untuk satu slot yang berkaitan dengan aplikasi terus dengan meletakkan kepentingan pembelajaran kepada para pelajar (kanak-kanak tahun 6 sekolah terpilih), laman web khusus tentang pembinaan soalan-soalan peperiksaan secara percuma akan digunakan. Laman ini merupakan antara laman yang sangat menarik dan boleh diakses dengan mudah. Pelajar akan dibimbing untuk menggunakan laman tersebut dengan berhemah dan set soalan peperiksaan setaraf UPSR matapelajaran matematik akan dimuat naik dan akan dijawab oleh pelajar. Motivasi ekstrinsik akan diaplikasi dengan memberi penghargaan dalam bentuk material (Berkaitan dengan UMS) akan digunakan. Rujuk gambar berikut dan boleh akses laman dan "review" tentang laman melalui link:

Rujuk Laman di SINI, dan aku pernah buat tugasan (review laman) bersama rakan tentang
kelebihan laman ini di SINI 


Nota Tomato:
1. Kertas kerja hampir siap
2. AJK program seperti yang sudah dibincangkan dan akan diedarkan seperti biasa
3. Segala urusan surat menyurat dalam proses
4. Banner Program akan dimuat naik selepas 1 Mei (hari buruh "triple pay" kah kah kah)

Saturday, February 25, 2012

Perisian Grafik Corel Draw

Lama dah aku menggunakan perisian dah aku menggunakan perisian grafik iaitu Corel Draw ini semenjak semester 1 tahun pertama di UMS kira-kira 12 tahun yang lepas dengan aplikasi perisian grafik ini pada masa itu masih lagi dengan Versi 5.5. Mungkin disebabkan aku lebih selesa menggunakan perisian berunsurkan visual (grafik + photo) menyebabkan aku langsung tidak berminat mahupun pernah mencuba perisian animasi seperti "flash" yang dianggap sebagai satu perisian yang menyeronokan dalam rakan-rakan aku yang sama-sama berminat dalam aspek ICT di sekolah-sekolah Negeri Kenyalang. Berikut adalah hasil yang aku buat sebelum semester akhir bermula tahun 2012 ini dan sebab utama aku buat adalah kerana mata aku sakit tengok logo asal sekolah aku yang kabur:

Logo Asal


Hasil dari Corel Draw.

Nota Tomato:
1. Artikel penuh di SINI
2. Aku tak tahu nak taip apa lagi
3. Semoga dapat meneruskan perjuangan untuk rakan-rakan MeCOM

 

Sunday, January 15, 2012

Laporan Lawatan MeCOM ke BTPN Sabah




LAPORAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAH DAN BENGKEL ISU-ISU KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN



TARIKH LAWATAN
9 Januari 2012


TEMPAT LAWATAN
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
Lorong Sahabat
Off Jalan Penampang Lama
89500 Penampang
Sabah



TEMPAT BENGKEL : BILIK MAWAR BTPN PENAMPANG



ANJURAN
Pelajar Sarjana Komputer dalam Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

“BERTEKAD CEMERLANG”


LAPORAN PENUH LAWATAN DAN BENGKEL ISU-ISU TERKINI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN



1.0     PENDAHULUAN

Pelajar ambilan ke-2 (Kohort 2) program sarjana Komputer dalam Pendidikan Universiti Malaysia Sabah terdiri daripada 8 orang pelajar yang mengambil kursus TC60404 sebagai kursus teras. Selain itu kursus pada kali ini turut di ambil oleh 2 orang pelajar sarjana Pengurusan Kurikulum. Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan merupakan antara kursus yang menyediakan pelajar tentang perkembangan teknologi pendidikan.

Dengan perkembangan yang semakin pesat dalam bidang teknologi, kandungan kursus ini amat penting dalam menyediakan pengetahuan dan kemahiran. Oleh yang demikian lawatan ini amat penting untuk memberi pendedahan kepada peserta program untuk memahami dengan lebih mendalam tentang peranan dan ilmu yang boleh dikongsi bersama Bahagian Teknologi Pendidikan.


2.0        TUJUAN PROGRAM

Program Sarjana Komputer dalam Pendidikan adalah antara program baru yang dilaksanakan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah. Kami kumpulan kedua program yang terdiri daripada guru-guru dan individu lain yang berkhidmat di dalam bidang pendidikan di negeri Sabah.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan tugasan dan pelajar akan didedahkan dengan:

2.1         Tujuan penubuhan dan peranan utama Bahagian Teknologi Pendidikan.
2.2         Aspek-aspek terkini dalam pendidikan yang berasaskan komputer.
2.3         Pembangunan sistem maklumat atau mana-mana perisian seperti ujian sistem secara praktikal yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan.
2.4         Penggunaan sistem maklumat atau mana-mana perisian yang digunakan dan dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan untuk tujuan pendidikan di Sabah.

3.0     MISI PROGRAM

Melahirkan warga pendidikan yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing khususnya dalam aspek perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih.


4.0     MATLAMAT

Matlamat program lawatan ini adalah bagi menyediakan graduan sarjana dalam pendidikan yang:

4.1         Seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat menguasai ilmu dan kompetensi generik.
4.2         Mampu menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu.
4.3         Mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh.
4.4         Mempunyai sudut pendangan yang luas dalam aspek perkembangan teknologi pendidikan khususnya dalam aspek komputer dan teknologi maklumat.
4.5         Memahami peranan setiap cabang pentadbiran dalam Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.6         Berdaya saing dipasaran kebangsaan dan antarabangsa.


5.0        OBJEKTIF LAIN

Antara objektif penting program lawatan ini ialah seperti berikut:

5.1         Memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan teknologi pendidikan dalam ruang lingkup pendidikan negara.
5.2         Mengeratkan hubungan antara pelajar Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan.
5.3         Menyemaikan sikap empati dan bertimbang rasa dalam diri pelajar Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan.
5.4         Memupuk kerjasama antara pelajar Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan yang berbilang kaum dan mempunyai latarbelakang kerjaya yang berbeza.
5.5         Melahirkan mahasiswa sarjana yang kreatif dan berdaya saing.


6.0     TEMA PROGRAM

          “Teknologi ICT Menjana Tranformasi Pendidikan Negara”


7.0     ANJURAN DAN ORGANISASI

          Pelajar Sarjana Komputer dan Pendidikan (Kohort 2).
          Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Universiti Malaysia Sabah.
         


CARTA ORGANISASI PROGRAM

Penasihat
Dr. Sabariah Shariff
Pensyarah Program Sarjana Komputer
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah

Pengerusi : Franjie bin Haji Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi : Fannie Ferdinard

Penyelaras : Sitti Junaidah Binti Ambo

Setiausaha : Junaidi bin Mohamed

Bendahari : Roy Bonnie Bernard


 Pengarah Program                              : Abdul Basit bin Mokhtar
 Pengarah Tugas-Tugas Khas             : Yau Pool Chern
 Pengarah Dokumentasi & Teknikal : Marie Shirlean Mekilen
 Pengarah Makanan                        : Farahiah Huda Husin
 Cenderamata Program                       : Irawani Munira Ismail
                                                              : Zuriani Mohd Ariffin

 
8.0     TARIKH DAN MASA PROGRAM

Nama Program       : Lawatan Sambil Belajar ke Bahagian Teknologi
  Pendidikan Negeri Sabah.
Tarikh                     : 9 Januari 2011
Masa                    : 8.30 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat Program     : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
                              Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,
                              89500 Penampang, Sabah.


Nama Program       : Bengkel Isu-isu Komputer dalam Pendidikan
Tarikh                    : 9 Januari 2011
Masa                     : 2.00 – 4.00 Petang
Tempat Program     : Bilik Mawar
  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
                              Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,
                              89500 Penampang, Sabah.


9.0     TEMPAT PROGRAM

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah,
Lorong Sahabat,
Off Jalan Penampang Lama,
89500 Penampang,
Sabah.
Telefon:       088-71-934
Web Portal Rasmi:  http://www.btpnsabah.edu.my


10.0   PUBLISITI

Bagi memudahkan kumpulan peserta, program ini telah dinyatakan secara berkala di 2 capaian berikut:

Laman Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/MeCOMUMS



11.0   PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah pelajar        : 10 orang


12.0   TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAH DAN BENGKEL ISU-ISU KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


TARIKH DAN MASA
PERKARA
7.00 PAGI
Berkumpul dan sarapan pagi

7.30 PAGI
Taklimat ringkas dan bertolak

8.00 PAGI
Sampai ke BTP Sabah, Penampang

8.30 PAGI
Taklimat ringkas pegawai BTP

9.00 PAGI
Lawatan berjalan

12.00 TGH HARI
Rehat dan makan tengahari

2.00 PETANG
Bengkel dan Latihan
-      Ceramah
-      Aplikasi
-      Soal Jawab

4.00 PETANG
Majlis dijangka selesai




13.0   PERBELANJAAN PROGRAM

Berdasarkan lawatan yang telah dilaksanakan pada 9 Januari 2012, ringkasan perbelanjaan adalah seperti berikut:

BIL
PERKARA
RM
1.
2.

3.
Cenderamata program
Upah penceramah: Pegawai BTP
(RM50 x 2 jam )
Makanan (RM20 x 1 hari x 9 orang)
RM      50.00
RM      00.00

RM      00.00

JUMLAH
RM     50.00

          ***    Upah penceramah dan makanan disediakan sendiri oleh pihak
BTPN Sabah

 14.0   MAKLUMAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

          Pelajar Sarjana Komputer dalam Pendidikan,
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.

Atau hubungi : 016-8116860
( u/p : ENCIK FRANJIE BIN HAJI ABDUL RAHMAN )
Ketua Program – Cohort 2
Sarjana Komputer dalam Pendidikan


15.0   LAPORAN BERGAMBAR

Perancangan awal untuk melaksanakan program ini adalah melalui perbincangan ringkas bagi memastikan matlamat Kursus TC60404 Isu-isu Terkini Komputer dalam Pendidikan dapat dilaksanakan. Selepas mendapat persetujuan dan kata sepakat, carta organisasi telah dibentuk serta logo ringkas untuk program lawatan dan bengkel telah dibuat seperti berikut:

Logo Lawatan : Hakcipta terpelihara


Seterusnya kertas kerja telah dihasilkan untuk dilampirkan bersama-sama dengan surat permohonan kepada pihak BTPN Sabah. Kertas kerja tersebut telah diedarkan kepada semua pelajar bagi memudahkan urusan menjalankan tanggungjawab untuk menjayakan program ini. Disebabkan kekangan tugasan rasmi, setiap urusan dijalankan menggunakan teknologi internet di samping penggunaan telefon bimbit.

Secara keseluruhannya, lawatan dan bengkel ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Banyak aspek tentang perkembangan teknologi yang telah diaplikasi dalam sistem pendidikan negara khususnya di sabah telah dibincangkan. Antara aspek tersebut ialah:

i.             Program 1BestariNET
ii.            Project Base Learning (PBL)
iii.           Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
iv.           Learning System Management (LMS)
v.            Mobile-Learning
vi.           E-Learning
vii.         U-Learning (Ubiquitous Learning)
viii.        Persidangan Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
ix.           Digital Story Telling
x.            Festival Filem Digital Pendidikan
xi.           Konsep Pembestarian Sekolah
xii.         Maxis Cyberkids

Semua aspek-aspek yang telah disenaraikan di atas telah berjaya dilaksanakan dalam perkembangan sistem pendidikan di negeri Sabah selaras dengan matlamat utama penubuhan BTPN untuk meningkatkan sistem pendidikan melalui aplikasi teknologi dalam pendidikan.

16.0   PENUTUP

Program ini telah mendapat perhatian dan sokongan di mana program seperti ini adalah amat dialu-alukan dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan BTPN Sabah. Malahan pihak BTPN turut menggunakan media laman sosial rasmi mereka untuk mengalu-alukan kehadiran lawatan daripada pihak luar. Rujuk Gambar berikut: Program ini telah berjalan dengan lancar dan banyak maklumat tentang perkembangan dalam aspek teknologi pendidikan negara di bawah kendalian pihak BTPN Sabah dan BTP Kementerian Pelajaran Malaysia telah didedahkan kepada peserta program.


Semoga projek seperti ini dapat memberi manfaat dan segala kelemahan dan kekurangan akan dapat diperbaiki

Sekian.

Disemak oleh:

______________________________
(FRANJIE HAJI ABDUL RAHMAN)
Ketua Program
Sarjana Komputer dalam Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah.

 
       
Disediakan oleh:

_______________________________
(JUNAIDI BIN MOHAMED)
Setiausaha Program
Sarjana Komputer dalam Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah.
            



Disediakan untuk:

_________________________________
(DR. SABARIAH BINTI SHARIF)
Pensyarah Kursus
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...