Wednesday, December 7, 2011

Platform Android : Pasaran Muat Turun Aplikasi Mencecah 10 Billion

Dalam blog rasmi google, Eric Chu selaku pengarah "Android Developer Ecosystem" telah membuat pengumuman bahawa pasaran Android telah berkembang pesat dan muat turun aplikasi dengan kadar 1 billion setiap 30 hari. Pasaran Android ini mengambil masa 20 bulan untuk mencecah angka 1 billion dan 5 bulan kemudiannya untuk mencecah 2 billion. Peningkatan yang sangat menarik dalam pasaran muat turun aplikasi telefon pintar khususnya dan ini boleh meningkatkan penguasaan Google dalam pasaran. Malahan perkembangan platform yang berasaskan sumber terbuka ini berlaku dengan pantas seperti yang telah aku kongsikan dalam bentuk bergambar sebelum ini. Berikut merupakan infografik yang menjelaskan tentang perkembangan pasaran tersebut:



Bagi meraikan pencapaian tersebut, pihak Google akan membuat promosi dengan penjualan serendah 10 sen untuk aplikasi biasa yang berharga antara 99 sen dan $6.99 setiap satu. Malahan aplikasi yang sudah tersedia di laman turut akan mengalami promosi. Nampaknya, pengguna Android seluruh dunia akan mengalami sedikit durian runtuh sempena pencapaian besar pasaran muat turun Android ini. Bagi aku, ini merupakan peluang terbaik bagi pengguna di Malaysia mendapatkan aplikasi dari laman android.com sebelum promosi tersebut berkahir.


Nota Tomato
1. Sumber
2. Entri ini ditulis selepas 2 jam pengumuman dan aku rasa adalah antara yang lambat
3. Aku masih menggunakan telefon tidak begitu pintar nokia N72, cukup untuk aku bersms dan menelefon.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...