Thursday, December 1, 2011

Perkongsian Infografik dengan Piktochart Part 2

Dalam entri sebelum ini aku ada membincangkan bagaimana aku boleh mengetahui tentang laman infografik yang menarik Piktochart dan sedikit pengenalan tentang bagaimana menggunakan platform tersebut. Memang aku tak nafikan bahawa kadangkala menggunakan sesuatu program grafik itu memerlukan kreativiti dan kesungguhan, tetapi apa yang penting bagi aku adalah asas dalam aspek seni terutamanya konsep asas dalam seni seperti gabungan ton, titik lenyap, warna, dan entah apa-apa lagi tentang teori-teori seni visual. Antara laman blog seni visual menarik bagi aku ialah Tolahan.com walaupun sejak Aprill 2011 masih dibelenggu masalah SPAM (semoga blog tersebut kembali aktif nanti 2012). Sebenarnya aku memang ada sedikit pengetahuan dan asas dalam seni visual ini kerana aktif dalam Kelab Mural SMK Meradong semasa tingkatan 6 dalam tahun 1997 dan aku satu-satunya pelajar dari aliran ekonomi terlibat dalam kelab tersebut dan semasa pengajian semester 1 sarjanamuda aku mengikuti kokum Lukisan dan Catan di UMS. 

Sebab itu mungkin aku macam rojak je dalam aspek pendidikan ini sehingga aku sendiri kadangkala terfikir, kan bagus aku masuk Palapes masa di UMS dan meneruskan cita-cita aku nak jadi seorang pegawai tentera (ramai rakan dari Sekolah Sains Sosial aku di UMS dah berpangkat Mejar sekarang). Hahahahahahahaha! Lari lak cerita dari isu Piktochart sampai ke cita-cita zaman aku sekolah menengah aku. Sebenarnya selepas melayari aplikasi Piktochart ini, aku rasakan seperti menggunakan adobe photoshop (walaupun gambar sukar untuk dimanipulasi), coraldraw (manipulasi grafik boleh tahan), dan sesiapa yang pernah menggunakan paint (ada sedikit macam paint walaupun lebih banyak memberi peluang untuk manipulasi data dan grafik). Jadi ini adalah hasil 30 minit aku, layan...


Nota Tomato:
1. Cadangan akaun email diharap dapat diterima oleh semua... kemudian jangan lupa buka akaun Piktochart dan hasilkan infografik anda sekali (wajib dan sekiranya tidak, gaji akan dipotong) wakakakakakakakakaka...macam ada gaji update blog ne
2. Bila bincang pasal infografik ne... program paint memang biasa dengan semua pengguna komputer, nanti aku nak buat entri khusus tentang bagaimana pelajar tingkatan 1 aku hasilkan grafik sempoi dengan menggunakan paint... tengah tunggu approve dia nak tunjuk grafik dia kat sini sebab memang power untuk tahap sekolah menengah rendah (13-15 tahun).
3. Email dan SPAM, Blog dan SPAM...malware... dunia

3 comments:

  1. suka lah ini gambar!! best!! tak sabar mau habis! semoga kita semua FOT! ingat lagi kah apa tu FOT? hehe! nice one!! wahh active btul c junaidi ni blog2! aku blur2 lagi ni.. eh aku blh post ke tak eh? haha

    ReplyDelete
  2. eh best ni buat aktiviti kelab kompiter kat skolah! tgk2 hasil student ko junaidi! mcm best ja! power seyh budak2 ko! hmm.. nak cuba gak pictochart ni tapi nt le..jgn potong gaji ahh..emm cadangan acc email tu utk apa ye? hmm huhu..

    ReplyDelete
  3. Semua MeCOM boleh menulis la farah... hahahahaha, nanti aku tunjuk kalau budak tu bagi lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...