Saturday, December 24, 2011

Microsoft Paint Sebagai "Tool" dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Part 2

Bila berbincang tentang alat atau bahan bantu mengajar, kita sering lupa tentang hasilnya terhadap pelajar dan adakah mereka akan menggunakannya untuk sesi-sesi yang seterusnya sepanjang hidup mereka ataupun ianya hanya sekadar penggunaan di kelas. Memang aku tidak nafikan bahawa penggunaan MS Paint ini sebagai bahan bantu mengajar yang baik khususnya untuk matapelajaran seni visual dan apa sahaja yang berkaitan dengan seni secara relatifnya. Anda semua boleh membaca bagaimana penggunaan mudah yang telah aku kongsikan sebelum ini di sini.

Walau bagaimanapun, istilah yang sering aku fikirkan iaitu simple tool for simple learning masih lagi penting kerana setiap sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas perlukan hasil dalam erti kata yang mudah ialah kemahiran yang pelajar warisi. Tapi dalam konteks pendidikan dalam negara sekarang aku tidak nafikan keputusan peperiksaan awam yang lebih menonjol dan kadangkala ia merimaskan banyak pihak. Apa yang boleh dilakukan, kalau aku ne jutawan barulah aku tak kisah kalau anak atau waris aku tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan cukup mereka mewarisi ilmu atau kemahiran yang guru mereka ajar disekolah. Tapi itu cerita kalau aku ne jutawan yang banyak duit. Sistem pendidikan di Malaysia memerlukan mereka lulus dengan cemerlang untuk jaminan di masa depan, jadi takkan lah nak tolak lak.

Ada pepatah yang terkenal dalam masyarakat Tionghua iaitu, "kalau nak pastikan anak-anak terus kekal makan ikan, maka perlulah beri mereka pancing dan mengajar mereka memancing, bukannya sentiasa menghidangkan mereka hidangan ikan sebagai makanan". Jadi hasilnya boleh dilihat kemudian hari bila kita mengajar pelajar kita menggunakan alat yang boleh mereka guna dan bukannya bahan bantu mengajar yang kemungkinan akan menjadi bahan kegunaan guru untuk sesi seterusnya sahaja. Walaupun bagi aku alat yang aku gunakan pada masa sesi pembelajaran semasa mengendalikan kelas seperti aku bincang dalam bahagian 1 sebelum ini adalah mudah dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar aku kadangkala membuat aku tersenyum sendiri. Kenapa? kerana mereka memang golongan Digital Natif yang mudah untuk memahami apa sahaja yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Layan hasil pelajar aku di bawah ini...

Simple dan idea yang kena diterjemahkan oleh orang yang melihatnya

Antara hasil terawal, cuma ada sedikit kelemahan dalam aspek titik lenyap

Memenuhi konsep asas seni visual

Grafik menarik dan memenuhi asas seni visual

Watak kegemaran pelajar aku ne

Grafik menarik, idea berasaskan isu semasa. Mantap

Idea yang mudah dan sukar untuk diterjemahkan dalam seni, syabas!

Kadangkala manusia perlu rehatkan minda!

Nota Tomato:
1. Anda boleh klik link akaun facebook pelajar aku di sini
2. Semua hasil adalah menggunakan MS Paint dan dihasilkan semasa beliau berumur 13-14 tahun awesome...
3. Jadi untuk guru seni visual dan guru ICT, bolehlah menggunakan MS Paint untuk sesi P&P anda


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...