Wednesday, November 30, 2011

Sedikit Maklumat Penting Tentang Facebook

File yang bersaiz 1.67Mb ini aku upload hampir 30 minit di slideshare.net sampai aku rasa nak quit ja... kenapa dengan sambungan streamyx 1Mbps pun lambat? Bagaimana usaha untuk membangunkan aspek perkongsian dalam sistem pendidikan negara nak bersaing dengan negara-negara maju. Patutlah video-video di Youtube yang diupload oleh rakyat Malaysia lebih berbentuk hiburan berbanding perkongsian bahan oleh pengguna-penguna di negara lain.

Sebenarnya, bahan ini adalah pembentangan aku dan rakan semasa kelas baru-baru ini dan sedikit sudah aku bincangkan di entri sebelum ini di blog aku sendiri. Isu utama yang dibincangkan dalam entri tersebut ialah tentang penipuan menggunakan facebook dan sambungan internet dalam negara yang jauh terkebelakang. Ini adalah bahan pembentangan penuh tentang perkembangan facebook dan aspek yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan negara.



Nota Tomato:
1. Banyak artikel menarik tentang facebook dan agenda tersembunyi disebaliknya, anda boleh google dan cari.
2. Bahan pembentangan ini hanya memfokuskan kepada 2 perkara penting iaitu perkembangan dan kepentingan penggunaan facebook dalam bidang pendidikan.

Cetak Rompak, Inovasi, atau Perkongsian

Sejarah tentang  peradaban manusia memang tidak lari daripada 3 isu iaitu cetak rompak, inovasi, dan perkongsian yang menjana ekonomi sesuatu peradaban itu sehinggalah ke satu tahap yang boleh merosakkan ataupun tahap yang boleh membanggakan. Cetak rompak adalah proses menyalin hak cipta terhadap sesuatu material atau hasil (seni, muzik, video, kajian, dll) yang menyalahi undang-undang hak cipta. Cetak rompak ini banyak berlaku di negara-negara dunia ketiga yang masih lagi dikekang oleh kuasa beli pengguna yang masih rendah dan penggunaan bahan cetak rompak adalah penyelesaiannya. Inovasi pula merupakan proses mengeksploitasi idea-idea yang membawa kepada penciptaan produk, proses, atau perkhidmatan baru. Proses membuat inovasi ini mempunyai pelbagai teori khususnya persaingan dalam bidang perniagaan dan masih terdapat banyak perselisihan faham dalam aspek inovasi ini disebabkan oleh isu hak cipta seperti apple dan samsung yang sering membawa isu ke mahkamah tentang produk yang dikeluarkan. Manakala perkongsian pula merupakan antara pemangkin utama dalam perkembangan web 2.0 khususnya untuk maklumat yang berbentuk kegunaan dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Jadi layan gambar berikut yang boleh menjelaskan 3 perkara tersebut secara asasnya walaupun tidak begitu menyeluruh:

Cetak Rompak Dalam Industri Muzik Sebelum Penggunaan ICT


Klik untuk sumber gambar


Inovasi Penting Untuk Menyelesaikan Masalah
Klik untuk sumber gambar


Kanak-Kanak Suka Berkongsi Apa Yang Mereka Ada
Klik untuk sumber gambar

Apa Yang Dikongsi Dalam Web 2.0 dan Merentasi Sempadan Secara Global
Klik untuk sumber gambar


Nota Tomato:
1. Teringat aku ngan adik aku yang kedekut nak "share" gula-gula masa dia sekolah tadika. Adik aku masa tu memang tangkai jering nak mampus dan suka pecahkan pinggan...hahahahahaha
2. Copy paste bahan untuk assignment tu bukan sharing ye... tu plagiat, nanti kita bincang isu plagiat ini kemudian kalau ada kesempatan dan idea.



Jom Buat Email Khas Untuk MeCOM 2010

Email adalah satu revolusi yang telah menyebabkan penggunaan surat semakin dilupakan khususnya untuk golongan digital natif pada hari ini. Dengan kadar 2900 juta akaun dibuka sehingga tahun 2010, adalah mustahil email akan dipinggirkan penggunaannya hingga dekad-dekad mendatang. Malahan untuk membuka laman sosial mahupun platform seperti blog dalam teknologi web 2.0 ini, penggunaan email adalah amat penting dan individu yang tidak memiliki email pada hari ini boleh dianggap sebagai ketinggalan kerana, tiada email bermakna tiada blog, tiada akaun laman sosial, dan boleh dianggap digital immigrant yang super saiya peringkat cabuk...hahahhahahahahaha. Layan maklumat menarik tentang email berikut.
 

by NowSourcing via


Nota Tomato:
1. Sumber Infografik
2. Kali pertama aku ada akaun email ialah sedekad yang lalu dengan mlanau@hotmail.com, tapi sekarang dah bersepah pishing dan scam masuk. Selalu juga click report button, tapi aku heran ...tiada perubahan langsung.
3. 18 peratus dari 107 trillion adalah spam...erk, banyak yang terlampau walaupun peratusan masih lagi rendah... jaga akaun email anda daripada serangan SPAM.



Literasi Maklumat Part 2

Dalam bahagian 1, Literasi Maklumat dijelasakan menggunakan pengertian perkataan. Pada bahagian ini, video ringkas menjelaskan tentang pengertian literasi maklumat ini amat baik dan digabungkan dengan 6 aspek penting dalam proses mendapatkan maklumat melalui model "The Big Six Information Skill". Diharap dalam bahagian seterusnya, perbincangan tentang literasi maklumat yang ringkas akan dapat dibuat...terima kasih.



Nota Tomato:
1. Sumber Video
2. Literasi maklumat penting untuk melahirkan generasi Digital Natif yang mempunyai jati diri yang kukuh

Belajar Bagaimana Untuk Belajar

Pembelajaran yang efektif memang merupakan antara langkah yang menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar di peringkat sekolah mahupun institut pengajian tinggi. Infografik berikut menjelaskan bagaimana kajian yang menunjukkan cara belajar yang boleh dilakukan oleh pelajar diperingkat IPT. Layan...






Nota Tomato:
1. Sumber Infografik
2. Belajar secara berkumpulan lebih baik... tapi kumpulan belajar yang baik lebih memberi faedah daripada kumpulan belajar biasa. Hehehehhehehe



Sunday, November 27, 2011

Sejarah Microsoft Dalam Bentuk Infografik Menarik


Apabila berbincang tentang Microsoft, perkara yang muncul dalam kepala otak aku ialah perkembangan bidang kejuruteraan perisian yang dipelopori (macam monopoli juga kot) oleh syarikat gergasi ini dalam perkembangan teknologi maklumat dan berkomputer pada hari ini. Walau bagaimanapun, generasi "Digital Immigrant" seperti aku tidak dapat menguasai dengan menyeluruh apa sahaja yang berkaitan dengan perkembangan sistem pengoperasian (OS) yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi ini. Malahan aku hanya sempat menggunakan OS window XP yang banyak memberi impak dalam perkembangan pelbagai bidang khususnya sistem pendidikan negara.

Walaupun terdapat OS yang percuma seperti Ubuntu, Mint, Fedora, openSUSE, dan Debian, window masih lagi menguasai pasaran OS khususnya di negara-negara dunia ketiga. Bukan aku nak ulas tentang OS ne, sebenarnya infografik di bawah yang sangat menarik minat aku dan 4 aspek penting difokuskan iaitu sejarah (latar belakang) microsoft, perkembangan saham, rekod jualan, dan keuntungan syarikat. Infografik ini sangat menarik dan penuh maklumat... sangat bersesuaian untuk kegunaan pembelajaran.




via



Nota Melanau:
1. Sumber asal infografik.
2. Pembaca boleh mendaftar akaun dan menghasilkan infografik sendiri di visual.ly
3. Laptop aku masih menggunakan OS window XP home premium dan desktop menggunakan OS Window 7 Ultimate. Tapi aku jarang melayari internet menggunakan laptop disebabkan OS ini sangat-sangat terdedah kepada golongan penjenayah cyber.
4. Teringat anak Bill Gates yang lawa Jennifer Katharine Gates


Literasi Maklumat Part 1

Kenapa tajuk entri ada pecahan pada kali ini? Sebenarnya tajuk tersebut akan kami bentang dalam kumpulan pada masa kuliah seterusnya dan soalan diberi pada kuliah 28 November 2011. Tanggapan awal adalah berkaitan dengan perkataan yang membentuk frasa iaitu "LITERASI MAKLUMAT". Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan LITERASI membawa makna kebolehan menulis dan membaca, dengan istilah celik huruf sebagai frasa yang mudah digunakan semasa zaman saya di bangku sekolah hampir 2 dekad yang lepas. Kemudian perkataan MAKLUMAT pula adalah kata nama yang sinonim dengan perkataan keterangan, perincian, kenyataan, data, fakta, pengetahuan, dan kenyataan. Oleh kerana "maklumat" adalah kata nama, maka perkataan ini akan membawa maksud yang berlainan apabila digabungkan dengan perkataan-perkataan tertentu. Aku pun tak pasti nak jelaskan dengan lebih lanjut sebab bukan guru bahasa, cuma secara simboliknya frasa "pemprosesan maklumat" berbeza dengan "teknologi maklumat' dan "literasi maklumat".

Bingung adalah sikap semulajadi manusia
Kebingungan diatasi dengan ilmu pengetahuan


Berdasarkan terjemahan dua perkataan tersebut, dapat disimpulkan dengan pengetahuan bahasa dan kemahiran dalam ICT aku bahawa frasa LIETERASI KOMPUTER merujuk kepada kemahiran memanipulasi data seperti yang menjadi asas kepada perkembangan teknolgi web 2.0 dewasa ini. Peralihan daripada teknologi web 1.0 ke web 2.0 sukar untuk direalisasikan sekiranya aspek literasi maklumat ini tidak menjadi sebahagian penting pemangkin kepada perkembangan teknologi maklumat ini...bersambung untuk entri seterusnya

Nota Tomato:
1. Teringat kat rakan guru yang cari maklumat daripada google berjam-jam dan tak jumpa bahan yang dicari...kesian, "digital immigrant" biasalah kan. Nantikan entri khusus oleh warga MeCOM tentang istilah tu...
2. DBP juga dikenali sebagai Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
3. Aku masa sekolah selalu dapat hadiah kamus semasa majlis penyampaian hadiah akhir tahun, berlambak tu kamus sampai aku bagi ngan sepupupu yang lain. Tapi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada platform atas talian... rujuk sini dan LIKE facebook mereka di sini


Pemain Bola Sepak Pun Kena Jadi Knowledge Worker 2.0

“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Keyakinan yang dinyatakan oleh jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee di atas berdasarkan temubual wartwan kosmo semasa latihan pasukan. Apabila terbaca berita ini, memang tidak boleh dinafikan perkembangan sukan-sukan berprestasi tinggi di Malaysia, turut disokong oleh sistem pendidikan melalui kewujudan sekolah-sekolah sukan. Malahan perkembangan sukan di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun jelas membuktikan peranan sistem pendidikan sebagai pemangkin kemajuan sukan sesebuah negara di samping kewujudan baakat semulajadi pemain, pengurusan yang terbaik, dan sistem pemakanan dan kejurulatihan yang bertaraf dunia. 

Walaupun warga MeCOM kebanyakkannya adalah kaki bangku, tetapi aku akui kami boleh bermain permainan bolasepak maya dengan lebih baik daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. Hahahahahahahaha...malahan perkembangan prestasi semasa pasukan kebangsaan dan pasukan Harimau Muda memang mencetus semangat bolasepak warga Malaysia seperti zaman kehebatan SuperMokh lewat 1970-an dahulu. Rasanya kehebatan pemain negara pada zaman tersebut boleh disimbolikan dengan istilah "knowledge player 2.0" kerana kehebatan pasukan negara memang digeruni dirantau Asia. Rata-rata pemain sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an adalah pemain yang disegani di rantau Asia Tenggara dan hari ini hanya nama seperti Khairul Fahmi, Safee Sali, Badrol Bakhtiar, dan Safiq Rahim adalah pemain pasukan Harimau Malaya yang boleh dikira top ranking dalam negara. Kemenangan dalam pertandingan AFF Suzuki dan Sukan SEA di Indonesia tidak mampu memberi suntikan kemenangan kepada pasukan Harimau Muda semasa menentang Bahrain baru-baru ini. Walau bagaimanapun, perlawanan pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 November 2011.

Jurulatih pasukan Harimau Muda yang berjaya menyuntik semangat anak muda Malaysia sehingga pingat emas (ibu segala pingat emas) sukan SEA 2011 masih mempunyai keyakinan terhadap kemampuan pasukan untuk menentang Bahrain dan segala-galanya bakal disaksikan nanti. Tetapi jika pasukan Harimau Muda boleh menjadi knowledge worker 2.0 di atas padang, kejayaan menentang pasukan Bahrain boleh direalisasikan. Malaysia Boleh!



Nota Tomato:
1. Rugi rasanya tidak dapat melihat kehebatan pasukan Malaysia yang pernah membelasah pasukan Jepun dengan 11-0
2. Semoga pasukan Harimau Muda akan dapat meneruskan perjuangan dalam misi ke sukan olimpik 2012

Saturday, November 26, 2011

Majlis Konvokesyen UMS Kali ke -13

Majlis konvokesyen ibarat matlamat yang menjadi fokus golongan siswazah mana-mana institusi pengajian tinggi daripada tahap diploma hinggalah phd sekalipun. Majlis ini dipenuhi dengan amanat dan lambang kepada pihak organisasi terlibat untuk menyemarakkan budaya ilmu dalam organisasi tersebut. Walau bagaimanapun, bagai golongan siswazah, majlis konvokesyen ini merupakan satu pencapaian yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata dan hanya senyuman dan kegembiraan di wajah melalui gambar kenang-kenangan sahaja yang mampu menjelaskannya. Kemudian bagi kami pelajar MeCOM Cohort ke-2 pula, kenangan majlis konvokesyen kami ada cerita tersendiri dan matlamat kami adalah untuk sama-sama berkumpul pada majlis konvokesyen UMS kali ke-14 nanti bersama-sama sebagai seorang warga pendidikan yang mampu dan terlibat menjana tranformasi dalam sistem pendidikan negara. (2 orang pensyarah PTPL, 5 orang guru, dan 1 berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah). Kenangan majlis konvokesyen kami adalah berbeza tetapi kami sudah terlibat dengan kuliah semasa warga UMS bergembira di tapak Majlis Tamu Gadang dan Dewan Konvokesyen selama 2 tahun berturut-turut dan semoga majlis yang ketiga nanti, kami akan bersama-sama menerima skrol sarjana.

Logo Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah 2011

Nota Tomato:
1. Bolehkah majlis konvokesyen seperti di Malaysia membentuk "knowledge worker 2.0"?
2. Majlis konvokesyen di negara-negara maju lebih ala kadar dan pengiktirafan terhadap kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan lebih diberi penekanan berbanding fokus kepada pesta yang gilang gemilang di Malaysia.
3. Konvokesyen UMS kali yang ke-14... aku nak salam dengan Canselor UMS. Dulu-dulu tak sempat.



Semangat Berani Mencuba

Hi, Testing testing welcome...

Kami adalah berbeza


Senarai Penulis MeCOM UMS


Dr. Sabariah Sharif
Siapa anak kecil cute ini? Hehehehehehehe... inilah generasi yang bakal membawa tranformasi dalam budaya pendidikan di Malaysia. Sebenarnya ne gambar profil akaun facebook yang biasa bagi pelajar MeCOM...beliau merupakan super admin dalam blog perbincangan khusus tentang teknologi yang berkaitan dengan bidang pendidikan ini...

Fannie Ferdinand
Budak dua orang di sebelah ne memang best friend dan muka adik beradik ne memang saling tak tumpah dengan mama diaorang. Ibarat kata pepatah melayu, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tapi beliau bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan dan bukan dan bukannnnnn... sebab aku yang update entri ini pun tak tahu... Sorry Fannn... "Just for fun" jangan ambik hati... nanti kena jual dan cepat tua... Kemudian budak UTM cool ah! yo....

Abdul Basit Mokhtar & Farahiah Huda Husin
Bila Kelantan + Selangor = Kelas... hahahaha! Sebab dua ne memang class gitu macam ayat artis. Kedua-dua ne lepasan sarjanamuda pendidikan dengan ICT UPSI dan merupakan suami isteri yang sanggup menempuh cabaran berkhdimat di SMK Pitas II yang lokasinya jauh berbeza dengan tempat asal mereka. Farah paling banyak cakap di kelas dan super saiya rajin dia tak yah nak cakap. Si Basit lak ne orang yang paling kami harap kalau bab mengurus (ayat biasa...bereh-bereh) dan kalau aku kaya... aku lantik dia jadi PTD di Company aku... surely GOTU...

Franjie Haji Abdul Rahman
 Siapa tak kenal dia ne angkat tangan... bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Komputer. Dulu dia kaki komputer sekarang dah tangan kamera lak...aku tak tahu dia guna camera DSLR apa, cuma nampak macam Nikon kot (Trollll). Kalau tak tahu dia ne adalah guru penyelaras ICT paling "cool" di daerah Kota Kinabalu dan paling disayangi oleh actor dan actress di SK Sembulan Kota Kinabalu. Selain itu, beliau adalah ketua kami yang paling rajin datang ke SPPS, UMS dan paling cepat menghantar berita melalui HP. Aku selalu tunggu sms dia... Kelas dibatalkan... jom aku belanja semua korang di KFC. Hahahahahahahahahahaha...
Sitti Junaida Ambo


Ini orang yang paling kanan antara yang kekananan di kelas dan kawan rapat si Fannie...apa sahaja mesti diaorang dapatkan kata putus semasa membuat tugasan dan sebagainya. Merupakan lulusan sarjanamuda "Networking Engineering" dari University of Princeton (UPM). (Ayat kampung2..Dulu atuk aku ambik degree di Universiti Pertanian Malaysia sampai semester 2 ja, sebelum jadi petani moden) Sekarang berkhidmat sebagai pegawai LINUS di PPD Tawau dan sanggup berulang alik dari Tawau ke Kota Kinabalu demi perjuangan mendapatkan Sarjana MeCOM ini. Suka bawa makanan tradisi masyrakat tawau dan jangan lupa... dia pandai Mandrin dan menguasai beberapa loghat Chinese... jangan kutuk, nanti kena 谈话...

Marie Shirlean Mekilen
Pensyarah paling disayangi di Kolej PTPL Kota Kinabalu... kalau tak percaya, trylah tengok di wall facebook beliau. Malahan setiap kali aku upload gambar kelas... budak-budak PTPL yang paling banyak LIKE dan komen... ayat skema budak PTPL...waaa Miss Marie...Miss Marie... LIKE LIKE LIKE... Beliau merupakan "colleagues" si Franjie semasa mengambil jurusan Sains Komputer : Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaysia Sabah... tapi still my junior maaaaa... junior, kita ulangggg... junior. hehehehehehehehehehe. Tangan berbuah adalah perkataan favourite dia ne...disamping buah tangan...

Roy Bonie Bernard
Ini adalah partner tugasan aku semester ini sehingga tamat pengajian, kami dua kena reject oleh ahli kumpulan sebelum ini sebab dulu satu kumpulan 3 orang, sekarang 2 orang. Aku kena mengalah sebab ikut kumpulan suami isteri dan beliau ne kena mengalah ngan si Franjie yang merupakan King of MeCOM... hahahahahahaha, jangan marah ah! jangan marah! Allahyarham P. Ramlee cakap nanti kena jual. Sebenarnya kami 2 ne selalu lepak di stesen minyak sambil minum 100 Plus sebab dia tinggal di KK dan bertugas di Kota Belud dan aku lak tinggal di Kota Belud dan bertugas di Kiulu... jadi kami selalu buat mesyuarat tertutup di stesen minyak Tuaran sambil menikmati keindahan stesen minyak tersebut (ayat tutup malu sebab mengantuk) hahahahahahahahahaha... beliau lulusan kejuruteraan komputer dari UNIMAS dan pernah berkhidmat di Sarawak... Land of Hornbill...

Yau Pool Chern
Nah kembar macam si Farah... tapi ini masih kecil lagi, baru kurang 1 tahun umur diaorang dua. Dua-dua ne Natif Digital dan merupakan mix Sabahan dengan Penang = Sape??? Sebenarnya bapa diaorang dua ne yang aku nak cerita...tersasul lak. Lulusan sarjanamuda pendidikan ICT dari UPSI dan berkhidmat di SMK Kota Marudu sejak tahun 2003 kalau tak silap. Beliau adalah seorang yang cool dan tak banyak cakap sebab suka dengar orang bercakap dan akan bercakap juga kalau time cerita-cerita. Serius... mula-mula kenal mesti korang ingat dia Sabahan Chinese sebab cakap Bahasa Malaysia takda slang2 langsung...kemudian sebab loghat macam sabahan sikit la. Entahlah... dia ne memang cool, aku masih nak dia bercakap mandrin dengan si Sitti Junaida sebab aku nak belajar... aku tahu loghat foochow ja. wakakakakakakakakaka...

Junaidi bin Mohamed
Nah... ne lak aku yang berasal dari kampung sebab tu entri ne bahasa pun kampung-kampung ja... picture profil pun kampung-kampung. Makanan pun kampung-kampung... hahahahaha. Tapi aku seorang sahaja dalam kumpulan ne sesat sebab lulusan Sarjanamuda Pendidikan dengan Sains Sosial (Sejarah / Geografi) UMS. Aku adalah generasi pertama yang menggunakan kampus baru UMS dalam tahun 2003. Masa tu bangunan SPPS pun tak siap lagi, menumpang di SST dan generasi aku juga yang pertama menggunakan bangunan SPPS, generasi pertama yang menggunakan Dewan Konvokesyen UMS tu. Hahahahahahhaha... dulu kami sempat naik lori angkat batu pergi kuliah dari kolej kediaman Kampung C. Jadi kalau blog ne kampung-kampung sikit tu pasal aku lah tu...

Nota Tomato:
1. Senarai penulis akan diupdate mengikut keperluan dan "Tomato" ne merujuk kepada frasa "orang Matu" mengikut bahasa Melanau Loghat Matu. Bukan buah tomato tuuuuuu... sebab kalau orang Sabah kami panggil tosabah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...