Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012

Aku tak pernah excited untuk menyambut tahun baru semenjak berada di bangku sekolah menengah dan memang menjadi tradisi masyarakat seluruh dunia untuk meraikan sambutan tahun baru iaitu 1 Januari setiap tahun mengikut kiraan kalendar Geograrian. Malahan di Malaysia sambutan tahun baru ini seakan-akan menjadi tradisi khususnya generasi muda walaupun tidak dalam kapasiti 100%. Kenapa aku yakin? Kerana aku pun tidak begitu berminat dengan sambutan tahun baru mengikut kiraan kalendar Geograrian ini. Aku bukanlah seorang yang alim atau apa... cuma aku tidak begitu berminat dengan suasana yang terlampau sesak di samping kiraan bulan dalam kalendar ini yang 28-31 hari kurang menarik minat aku. Terpulanglah kepada sesiapa untuk memilih kan, cuma setiap tahun baru ini, aku selalu mengucapkan ucapan selamat tahun baru kepada rakan-rakan terdekat.

Google pada 301212

Klik Untuk Sumber

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Saturday, December 24, 2011

Microsoft Paint Sebagai "Tool" dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Part 2

Bila berbincang tentang alat atau bahan bantu mengajar, kita sering lupa tentang hasilnya terhadap pelajar dan adakah mereka akan menggunakannya untuk sesi-sesi yang seterusnya sepanjang hidup mereka ataupun ianya hanya sekadar penggunaan di kelas. Memang aku tidak nafikan bahawa penggunaan MS Paint ini sebagai bahan bantu mengajar yang baik khususnya untuk matapelajaran seni visual dan apa sahaja yang berkaitan dengan seni secara relatifnya. Anda semua boleh membaca bagaimana penggunaan mudah yang telah aku kongsikan sebelum ini di sini.

Walau bagaimanapun, istilah yang sering aku fikirkan iaitu simple tool for simple learning masih lagi penting kerana setiap sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas perlukan hasil dalam erti kata yang mudah ialah kemahiran yang pelajar warisi. Tapi dalam konteks pendidikan dalam negara sekarang aku tidak nafikan keputusan peperiksaan awam yang lebih menonjol dan kadangkala ia merimaskan banyak pihak. Apa yang boleh dilakukan, kalau aku ne jutawan barulah aku tak kisah kalau anak atau waris aku tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan cukup mereka mewarisi ilmu atau kemahiran yang guru mereka ajar disekolah. Tapi itu cerita kalau aku ne jutawan yang banyak duit. Sistem pendidikan di Malaysia memerlukan mereka lulus dengan cemerlang untuk jaminan di masa depan, jadi takkan lah nak tolak lak.

Ada pepatah yang terkenal dalam masyarakat Tionghua iaitu, "kalau nak pastikan anak-anak terus kekal makan ikan, maka perlulah beri mereka pancing dan mengajar mereka memancing, bukannya sentiasa menghidangkan mereka hidangan ikan sebagai makanan". Jadi hasilnya boleh dilihat kemudian hari bila kita mengajar pelajar kita menggunakan alat yang boleh mereka guna dan bukannya bahan bantu mengajar yang kemungkinan akan menjadi bahan kegunaan guru untuk sesi seterusnya sahaja. Walaupun bagi aku alat yang aku gunakan pada masa sesi pembelajaran semasa mengendalikan kelas seperti aku bincang dalam bahagian 1 sebelum ini adalah mudah dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar aku kadangkala membuat aku tersenyum sendiri. Kenapa? kerana mereka memang golongan Digital Natif yang mudah untuk memahami apa sahaja yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Layan hasil pelajar aku di bawah ini...

Simple dan idea yang kena diterjemahkan oleh orang yang melihatnya

Antara hasil terawal, cuma ada sedikit kelemahan dalam aspek titik lenyap

Memenuhi konsep asas seni visual

Grafik menarik dan memenuhi asas seni visual

Watak kegemaran pelajar aku ne

Grafik menarik, idea berasaskan isu semasa. Mantap

Idea yang mudah dan sukar untuk diterjemahkan dalam seni, syabas!

Kadangkala manusia perlu rehatkan minda!

Nota Tomato:
1. Anda boleh klik link akaun facebook pelajar aku di sini
2. Semua hasil adalah menggunakan MS Paint dan dihasilkan semasa beliau berumur 13-14 tahun awesome...
3. Jadi untuk guru seni visual dan guru ICT, bolehlah menggunakan MS Paint untuk sesi P&P anda


Monday, December 19, 2011

Lawatan Ke Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah

Kertas Kerja Lawatan Sambil belajar dah diselesaikan dan diharap akan dapat dilaksanakan pada tarikh akan dipilih kemudian.

Wednesday, December 7, 2011

Platform Android : Pasaran Muat Turun Aplikasi Mencecah 10 Billion

Dalam blog rasmi google, Eric Chu selaku pengarah "Android Developer Ecosystem" telah membuat pengumuman bahawa pasaran Android telah berkembang pesat dan muat turun aplikasi dengan kadar 1 billion setiap 30 hari. Pasaran Android ini mengambil masa 20 bulan untuk mencecah angka 1 billion dan 5 bulan kemudiannya untuk mencecah 2 billion. Peningkatan yang sangat menarik dalam pasaran muat turun aplikasi telefon pintar khususnya dan ini boleh meningkatkan penguasaan Google dalam pasaran. Malahan perkembangan platform yang berasaskan sumber terbuka ini berlaku dengan pantas seperti yang telah aku kongsikan dalam bentuk bergambar sebelum ini. Berikut merupakan infografik yang menjelaskan tentang perkembangan pasaran tersebut:



Bagi meraikan pencapaian tersebut, pihak Google akan membuat promosi dengan penjualan serendah 10 sen untuk aplikasi biasa yang berharga antara 99 sen dan $6.99 setiap satu. Malahan aplikasi yang sudah tersedia di laman turut akan mengalami promosi. Nampaknya, pengguna Android seluruh dunia akan mengalami sedikit durian runtuh sempena pencapaian besar pasaran muat turun Android ini. Bagi aku, ini merupakan peluang terbaik bagi pengguna di Malaysia mendapatkan aplikasi dari laman android.com sebelum promosi tersebut berkahir.


Nota Tomato
1. Sumber
2. Entri ini ditulis selepas 2 jam pengumuman dan aku rasa adalah antara yang lambat
3. Aku masih menggunakan telefon tidak begitu pintar nokia N72, cukup untuk aku bersms dan menelefon.


Tuesday, December 6, 2011

Microsoft Paint Sebagai "Tool" dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Part 1

MS Paint yang pernah dikenali sebagai Paintbrush for Windows merupakan satu perisian grafik yang dibekalkankan bersama-sama dengan semua versi Microsoft Windows. Perisian ini boleh digunakan dengan mudah untuk menghasilkan fail bergambar yang berformat window bitmap, JPEG, GIF, PNG, dan TIFF walaupun tidak dalam format yang penuh (maksud aku seperti gambar berformat GIFF tanpa pergerakan). Walaupun ledakan teknologi komputer yang diiringi bersama dengan perisian grafik yang jauh lebih kompleks seperti Coraldraw dan Adobe, Paint masih releven dengan isu kekurangan infrastruktur di Malaysia. Malahan dengan isu program cetak rompak pun masih belum dikira dan berapa banyak kos yang orang mampu untuk menggunakan sistem operasi "Genuine Window" dan Adobe Photoshop yang berlesen penuh. 

Baiklah, lupakan isu ketulenan OS dan kekurangan infrastruktur dalam sistem pendidikan negara kerana seorang pendidik boleh memanipulasi keadaan di kelas (walaupun kadangkala aku bosan). Apa yang penting ialah "tool" yang boleh dipilih untuk merangsang minda dan bakat dalam diri pelajar walaupun kadangkala mungkin tidak berkesan dalam kuantiti yang besar seperti 30 orang pelajar dengan satu "tool". Semasa di SMK Pekan Kota Belud II, aku memang akui sukar untuk menerima hakikat aku dipindahkan, dan kadangkala isu tersebut tidak logik di akal aku bila 7 tahun mengajar budak tingkatan 6 (sejarah) berpindah mengajar pelajar 13 dan 14 tahun. Memanglah kan, isu "content" penting untuk guru, tapi kena logik akal lah, sejarah tingkatan 1 hingga 6 tu ada 7 versi, bukan macam matematik 1+2 = 3, otak aku ne bukannya komputer nak terima tu semua. tuttttt... melalut pula dah, tapi apa yang penting penggunaan MS Paint ini aku laksanakan di sana.

Masa tahun kedua, aku masih hairan hingga sekarang kerana aku disuruh mengajar ICTL walaupun sekolah ada 2 orang guru opsyen dengan ijazah sarjanamuda Sains Komputer (ini KPM perlu pantau sebab ada guru yang gila kuasa di sekolah beb). Bukan aku nak mengungkit, cuma berkongsi sejarah... pada masa itu aku disuruh mengajar kelas KRK (rujuk sini apa tu KRK) dan aku ne mamat sesat sebab degree sejarah dan asyik dengan komputer. Tapi itu bukan alasan sebab aku bukan dapat guna bilik komputer sepenuhnya sebab bukan opsyen (padahal kalau aku masuk mesti 3 4 desktop tu tak boleh nak guna, aku juga terpaksa settle sebab kesian tgk muka budak nak guna, kena lagi sekolah takda technican???). Aku mulakan sesi memperkenalkan MS Paint ini dengan menayangkan beberapa video youtube yang aku rasa boleh merangsang minat pelajar seperti di bawah dan video tersebut 2 daripada antara 5 video yang aku guna:

Video yang paling pelajar teruja. 


Video mudah dan aku silentkan bunyi muzik (lagu tak sesuai, teknik top dan simple)

Kemudian sebelum projek diserahkan kepada pelajar, aku tunjukkan skill konon dan hasilnya seperti di bawah. Kenapa aku lukis Rubik Cube juga? Ada dua sebab... 1.Masa tu permainan ini jadi kegilaan budak2 di sekolah dan aku lah manusia pertama di sekolah yang diaorang nampak boleh selesaikan permainan ini (dibawah 60 saat) 2.Mudah dan simple + aku takda idea lain 3.boleh diselesaikan oleh semua pelajar. Pada masa itu dengan 20 komputer yang 3 dok rosak dan asyik2 aku yang kena betulkan (padahal line internet di makmal pun aku tak dapat nak guna - heran kan, kalau budak guru opsyen masuk aku check cookies pastu, benda bangang pun diaorang usha dan guru dia tak perasaan ka atau sama-sama bangang). Maka 30 orang pelajar pun berkongsi dan 90% siapkan projek paint mereka (buat rubik cube masa kelas) dan lawak sebab ada yang tukar tulisan jadi Bajau Rule, Dusun Rule, Iranun Rule dan nama-nama kampung pun muncul. Tapi ada 50% yang sempoi jadikan ayat... macam the best technical game ever dan ayat-ayat lain yang bermakna. Tapi memang game rubik cube ini menggegar dunia dan korang boleh google.

5 minit pun tak sampai nak buat macam ne... tapi jenuh gak nak berlatih buat.

Nota Tomato
2. Video lain yang kira level tinggi juga, tapi berjaya menarik minat budak-budak kaki game:
    Video 3
    Video 4
    Video 5 : Aku lupa link cuma lukisan cantik tentang pelabuhan kot
3. Semua video aku terpaksa muat turun dahulu di rumah masa tu...sebab takyah nak ulas balik
4. SMK Pekan Kota Belud II pernah menganjurkan pertandingan menyelesaikan Rubik Cube ini semasa bulan Jabatan Teknik dan Vokasional (aku ngan member handle dan aku buat iklan sahaja + aku tak tahu mana iklan tu, nanti aku cari balik) Rekod yang dibuat ialah 27 saat iaitu 2x ganda lebih lambat dari rekod dunia. Tapi aku tak tahu, adakah pertandingan tersebut masih diteruskan.
5. PART 2 : Aku akan tunjuk hasil pelajar lak...


Monday, December 5, 2011

Internet Explorer : The Number One Browser

Lama dah tak menulis dalam mana-mana blog aku disebabkan kesibukan menulis di blog projek orang dan sibuk menyiapkan proposal disertasi dan sibuk memunggah barang pindah rumah. Semuanya belum siap dan masih sibuk...sibuk...sibuk... dan sibuk. Kan bagus kalau ada masa yang tidak sibukkan otak dan pemikiran, kan bagus kalau banyak masa yang tidak sibuk. Hahahahahahhaha...sedang aku sibuk nak cari bahan, tiba-tiba terjumpa gambar ini:




Nota Tomato:
1. Sumber
2. Gambar yang memang penuh makna dan tahu tak bila kali terakhir anda gunakan IE untuk melayari Internet.
3. Ayat "The number one browser for downloading a better browser" memang buat LOL.


Friday, December 2, 2011

P1 Wimax Sambungan Internet Menarik

Dalam entri blog peribadi sebelum ini, aku ada menyentuh tentang sambungan internet yang boleh dikira lembab di Malaysia antara pemangkin yang menyebabkan konsep sekolah bestari kurang menampakkan impak khususnya di kawasan-kawasan luar bandar (kat Sabah Sarawak takyah citer). Disebabkan biasa menggunakan talian streamyx 1 Mbps, adalah sesuatu yang menyeksa jiwa aku kalau melayari internet menggunakan talian broadband (Maxis, Celcom, Digi) tertamanya apabila kuota bandwidth sudah hampir maksimum dan aku hanya menggunakan talian ini di kk yang dimiliki oleh beberapa rakan dan kenalan. Kemudian talian streamyx aku kadangkala bukannya berada dalam prestasi yang memudahkan aku melayari internet seperti gambar kat bawah yang aku buat dan korang boleh test kelajuan sambungan internet di P1 Speed Test.

Sambungan streamyx aku yang sedikit mengecewakan untuk kadar Rm120 sebulan

Aku sering perasaan dan kadangkala tertarik dengan iklan-iklan P1 Wimax di laman blog dan semasa entri ini ditulis adalah kali pertama aku cuba menelaah tentang perkhidmatan broadband ini. Ini adalah kerana perkhidmatan yang diberikan oleh "Internet Provider" seperti Celcom, Maxis, dan DIGI di sekitar Kota Kinabalu hingga ke Kota Belud kurang menarik jika diceritakan khususnya isu kuota bandwidth dan sambungan internet yang selalu "malu-malu kucing". Memang aku akui teknologi ciptaan manusia bukanlah sempurna sangat dan setiap satunya pasti timbul masalah dan ada kekurangan yang tidak boleh dipersalahkan. Berbalik kepada isu P1 Wimax ini, selepas aku menemui dan membaca beberapa artikel lama daripada blog seperti di amanz serta beberapa perkongsian di blog lain seperti blogaku.net dan socolatajuz blogspot memang berbaloi untuk mencuba perkhidmatan P1 Wimax ini sekiranya aku berkesempatan. Tapi masalahnya ialah perkhidmatan ini tidak ditawarkan di Sabah dan Sarawak (kadangkala aku kecewa bila isu berkaitan perbezaan antara 2 wilayah : Semenanjung Malaysia dan Borneo kerana aku memahami kronologi sejarah negara sejak zaman tradisional hingga pasca merdeka). Jadi terpaksalah buat entri ini keran teruja untuk mencubanya perkhidmatan yang boleh dikira menarik ini walaupun P1 Wimax sudah beroperasi hampir dua tahun dan banyak perbincangan sudah dibuat oleh blogger-blogger lain.

3 kelebihan (kelajuan, nilai, dan mesra pengguna)

ONE PLAN paling aku teruja...

Rebat RM50 untuk bil sekiranya...

Jauhnya beza infrastruktur dalam negara

Nota Tomato:
2. "Facebook Page" P1 Wimax dan aku malas nak klik LIKE sebab takda di Sabah, hahahahahahahaha
3. Kalau guna P1 Wimax... aku mungkin dapat kelajuan maksimum 5 Mbps dengan 30GB kuota bandwidth dengan hanya bayaran RM49 sebulan berbanding sekarang 1Mbps unlimited bandwidth dengan bayaran RM120 sebulan


Thursday, December 1, 2011

Platform Android : Perkembangan dalam Bentuk Bergambar

Android, the world's most popular mobile platform
Android powers millions of phones, tablets, and other devices and brings the power of Google and the web into your hands. With an amazingly fast browser, cloud sync, multi-tasking, easy ways to connect & share and the latest Google apps (and thousands of other apps available on Android Market) your Android powered device is beyond smart. (android.com, 2011)

Betul ka frasa tu maksudkan? Terpulanglah kepada sesiapa sahaja untuk menilainya terutama pengguna yang mempunyai pilihan. Di sini bukan aku nak ulas tentang kronologi platform telefon mudah alih yang mula mengambil alih pengguna telefon pintar sejak diperkenalkan pada tahun 2007 ini. Cuma ingin berkongsi keindahan warna hijaunya yang menyejukkan mata memandang dan sesuai dengan aku di samping warna hitam yang aku sentiasa letak sebagai antara warna kegemaran. Pengguna telefom bimbit sebenarnya sudah biasa dengan penggunaan hp sebagai alat untuk berbual dan menghantar sms dan aku setakat guna hp untuk 2 perkara tu sahaja. Seterusnya kemunculan telefon pintar telah meletakkan konsep "Open Mobile Platform" yang dikembangkan oleh Google menjadikan platform Symbian dan Window Phone seakan dipinggirkan oleh pengguna khususnya generasi muda yang majoritinya adalah golongan "Natif Digital" hinggakan ada dalam kalangan kenalan aku yang berusia belasan tahun boleh dianggap sebagai pengguna tegar platform ini.

Sebenarnya platform berasaskan sumber terbuka yang menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dalam aspek pembangunan dan kejayaan teknologi android ini kerana memberi peluang kepada pembinaan aplikasi yang lebih berinovasi. Malahan pengeluar bebas untuk memanfaatkan platform dan aplikasi yang terdapat  telefon mudah alih keluaran mereka hingga lebih 18 syarikat pengeluar yang menggunakan platform android pada hari ini. Di Malaysia Samsung merupakan antara pengeluar yang terkenal dalam kalangan pengguna platform android. Jadi layan perkembangan platform android melalui gambar berikut:

Versi 1.1 [Mac 2009]


Versi 1.5 Cupcake [Mei 2009]


Versi 1.6 Donut [September 2009]


Versi 2.0/2.1 Eclair [Disember 2009]


Versi 2.2 Froyo: Frozen Yoghurt [Mei 2010]


Versi 2.3 Gingerbread [Disember 2010]


Versi 3.0/3.1 Honeycomb [Mei 2011] Versi Tablet


Versi 4.0 Ice Cream Sandwich [Oktober 2011]

Sumber Artikel

android.com
infografik

Nota Tomato:
1. Warna kegemaran aku (hitam, hijau, oren, dan putih)
2. Idea buat artikel ini daripada sembang di facebook
3. Aku masih guna hp nokia dengan aplikasi Symbian sebab telefon untuk aku bertelefon dan bersms sahaja, ambik gambar guna kamera, dan online guna komputer, acces internet guna broadband pun aku malas, maklumlah "Digital Immigrant" beb.
4. Ice Cream Sandwich... macam sedap aku... keluar cariiii... emmmmmmmm.

Perkongsian Infografik dengan Piktochart Part 2

Dalam entri sebelum ini aku ada membincangkan bagaimana aku boleh mengetahui tentang laman infografik yang menarik Piktochart dan sedikit pengenalan tentang bagaimana menggunakan platform tersebut. Memang aku tak nafikan bahawa kadangkala menggunakan sesuatu program grafik itu memerlukan kreativiti dan kesungguhan, tetapi apa yang penting bagi aku adalah asas dalam aspek seni terutamanya konsep asas dalam seni seperti gabungan ton, titik lenyap, warna, dan entah apa-apa lagi tentang teori-teori seni visual. Antara laman blog seni visual menarik bagi aku ialah Tolahan.com walaupun sejak Aprill 2011 masih dibelenggu masalah SPAM (semoga blog tersebut kembali aktif nanti 2012). Sebenarnya aku memang ada sedikit pengetahuan dan asas dalam seni visual ini kerana aktif dalam Kelab Mural SMK Meradong semasa tingkatan 6 dalam tahun 1997 dan aku satu-satunya pelajar dari aliran ekonomi terlibat dalam kelab tersebut dan semasa pengajian semester 1 sarjanamuda aku mengikuti kokum Lukisan dan Catan di UMS. 

Sebab itu mungkin aku macam rojak je dalam aspek pendidikan ini sehingga aku sendiri kadangkala terfikir, kan bagus aku masuk Palapes masa di UMS dan meneruskan cita-cita aku nak jadi seorang pegawai tentera (ramai rakan dari Sekolah Sains Sosial aku di UMS dah berpangkat Mejar sekarang). Hahahahahahahaha! Lari lak cerita dari isu Piktochart sampai ke cita-cita zaman aku sekolah menengah aku. Sebenarnya selepas melayari aplikasi Piktochart ini, aku rasakan seperti menggunakan adobe photoshop (walaupun gambar sukar untuk dimanipulasi), coraldraw (manipulasi grafik boleh tahan), dan sesiapa yang pernah menggunakan paint (ada sedikit macam paint walaupun lebih banyak memberi peluang untuk manipulasi data dan grafik). Jadi ini adalah hasil 30 minit aku, layan...


Nota Tomato:
1. Cadangan akaun email diharap dapat diterima oleh semua... kemudian jangan lupa buka akaun Piktochart dan hasilkan infografik anda sekali (wajib dan sekiranya tidak, gaji akan dipotong) wakakakakakakakakaka...macam ada gaji update blog ne
2. Bila bincang pasal infografik ne... program paint memang biasa dengan semua pengguna komputer, nanti aku nak buat entri khusus tentang bagaimana pelajar tingkatan 1 aku hasilkan grafik sempoi dengan menggunakan paint... tengah tunggu approve dia nak tunjuk grafik dia kat sini sebab memang power untuk tahap sekolah menengah rendah (13-15 tahun).
3. Email dan SPAM, Blog dan SPAM...malware... dunia

Buku Aturcara Perasmian KRK Peringkat Negeri Sabah 2009

Seperti yang aku jelaskan sebelum ini, kemahiran yang tidak seberapa dalam aplikasi adobe photoshop dan coreldraw yang banyak memberi idea dan hasil semasa aku menghasilkan bahan grafik untuk kegunaan majlis rasmi sekolah mahupun sekadar menghabiskan masa lapang. Semasa berpindah (ye ka berpindah... celaka, aku dipindahkan sebenarnya, pi mampus - simpan surat tu sebab salah opsyen, ada juga kenangan di zaman tua) ke SMK Pekan Kota Belud II, Kota Belud sekitar mac 2009... aku mendapat tugas boleh dikira tangkap muat kerana aku adalah guru sejarah dan ambil tugas guru ICT. Padahal sekolah berlambak guru ICT dan ini membuat aku rasa macam tak berkenan sangat dengan sistem, tapi apa boleh buat kalau dah jadi guru, semua kena buat walaupun bila gaji guru naik ramai orang melenting (hahahahaha... emo-emo). Baiklah... layan jak bahan yang aku buat pada masa tu ini: 
Nota Tomato:
1. Kelas Rancangan Khas (KRK) baru diimplementasikan di negeri Sabah mulai tahun 2009 dan laman web khas KRK boleh dilayari di sini dan aku rasa sedih lak bila laman web tersebut tak diupdate sejak Mac 2010. Padahal jumlah kelas KRK di Sabah sudah meningkat 2 kali ganda daripada asal.
2. Pelancaran dibuat bagai nak rak... dan Page Facebook KRK hanya ada 14-120 orang ahli dan perbincangan tak ilmiah mewarnainya... arrrrggggggghhhhh emo lak aku, tengok sini, sini, sini, sini, memang betul mereka ne Digital Natif, tapi kenapa tiada bimbingan untuk mereka untuk meneruskan hasrat murni JPN Sabah merealisasikan matlamat asal KRK.
3. Banyak kenangan masa buat buku aturcara ini dan birokrasi tetap birokrasi...emmmmm



Perkongsian Infografik dengan Piktochart Part 1

Sebelum mengenali laman infografik, memang aku akui sudah sebati dengan perisian Adobe Photoshop dan Coreldraw kerana semasa semester 1 di UMS dalam pengajian sarjanamuda sedekad yang lalu, aku mengikuti kursus senireka grafik bersama-sama dengan rakan-rakan dari Sarawak (Sibu + Mukah) disebabkan minat dan hanya budak-budak Sarawak tu je yang aku kenal masa tu dan kami berpakat ambil senireka grafik. Pada masa itu adobe photoshop 5.0 dan coreldraw 5.5 yang kami belajar walaupun semua takda komputer kami terus juga berhempas pulas membuat tugasan di makmal PPIB UMS hingga aku hanya mampu dapat B+ sahaja (hahahahahahahahahha). Kemudian sekarang aku sangkut lagi di adobe photoshop 7.0 dan coraldraw X3 disebabkan tidak mampu mengejar perkembangan teknologi. Tetapi bagi pengguna internet pada hari ini, infografik mudah dihasilkan melalui penggunaan pelayar web seperti visual.ly yang sudah gah sebagai laman perkongsian infografik dalam kalangan pengguna blog dan pengguna web yang lain. 

Walau bagaimanapun selepas aku membaca artikel yang menarik tentang platform infografik berasaskan pelayar web di blog amanz pada 15 november yang lalu aku terus membuka akaun dan disebabkan akaun masih lagi beta dan aku sibuk dengan tugasan dan proposal, maka aku belum dapat melayari aplikasi tersebut dan hanya mengaktifkan akaun Piktochart:

Aku berminat nak mengetahui lebih jauh dan terus like page facebook Piktochart di sini

Reka letak laman Piktochart yang sempoi... buka akaun anda di sini

Akaun aku... baru siap satu infografik ringkas yang siap dalam masa 30 minit, cerita tentang kami budak MeCOM

Antara pilihan "theme" asas untuk mengasah bakat dan idea, tetapi yang dah mahir boleh cuba Start From Scratch!

Mungkin disebabkan masih beta, pengguna mesti mengaktifkan button Lock Canvas Size disebelah kanan atas tu... kalau tak setting berterabur

3 button penting disebelah kiri atas, saranan agar meneruskan opsyen nama file "board" seperti default kerana file tidak dapat dibuka jika menggunakan nama lain. Selepas proses "save" selesai nama file boleh diubah mengikut kesesuaian

Jadi pengguna dalam negara boleh menghasilkan satu infografik yang menarik dan berkualiti menggunakan pelayar web Piktochart ini dengan mudah. Jangan lupa untuk berkongsi hasil infografik anda dan hasil yang menarik oleh amanz boleh dilihat dalam Artikel 2 dibawah.

Nota Tomato:
1. 2 artikel amanz yang berkaitan dengan piktochart : Artikel 1 dan Artikel 2 
2. AMARAN KERAS... berhati-hati dengan label techtroll di amanz kalau anda baru melayari blog tersebut, nanti haru jadi bila anda berkongsi bahan tersebut di sini... INGAT label techtroll di entri amanz memang ada jangn leka.... jangan bagitau aku tak maklumkan nanti geng MeCOM.
3. Piktograf adalah sistem tulisan dalam tamadun Indus yang mempunyai kemahiran dalam aspek geometri sehingga keindahan struktur geometri bandar Mohenjo-Daro dan Harappa (satu bandar je ne ye... perkataan dan tu nama khas), Sutkagen Dor, dan Lothal tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini.
4. Lepas ne Part 2, aku bincang pasal penggunaan dan hasil lak....


Wednesday, November 30, 2011

Sedikit Maklumat Penting Tentang Facebook

File yang bersaiz 1.67Mb ini aku upload hampir 30 minit di slideshare.net sampai aku rasa nak quit ja... kenapa dengan sambungan streamyx 1Mbps pun lambat? Bagaimana usaha untuk membangunkan aspek perkongsian dalam sistem pendidikan negara nak bersaing dengan negara-negara maju. Patutlah video-video di Youtube yang diupload oleh rakyat Malaysia lebih berbentuk hiburan berbanding perkongsian bahan oleh pengguna-penguna di negara lain.

Sebenarnya, bahan ini adalah pembentangan aku dan rakan semasa kelas baru-baru ini dan sedikit sudah aku bincangkan di entri sebelum ini di blog aku sendiri. Isu utama yang dibincangkan dalam entri tersebut ialah tentang penipuan menggunakan facebook dan sambungan internet dalam negara yang jauh terkebelakang. Ini adalah bahan pembentangan penuh tentang perkembangan facebook dan aspek yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan negara.



Nota Tomato:
1. Banyak artikel menarik tentang facebook dan agenda tersembunyi disebaliknya, anda boleh google dan cari.
2. Bahan pembentangan ini hanya memfokuskan kepada 2 perkara penting iaitu perkembangan dan kepentingan penggunaan facebook dalam bidang pendidikan.

Cetak Rompak, Inovasi, atau Perkongsian

Sejarah tentang  peradaban manusia memang tidak lari daripada 3 isu iaitu cetak rompak, inovasi, dan perkongsian yang menjana ekonomi sesuatu peradaban itu sehinggalah ke satu tahap yang boleh merosakkan ataupun tahap yang boleh membanggakan. Cetak rompak adalah proses menyalin hak cipta terhadap sesuatu material atau hasil (seni, muzik, video, kajian, dll) yang menyalahi undang-undang hak cipta. Cetak rompak ini banyak berlaku di negara-negara dunia ketiga yang masih lagi dikekang oleh kuasa beli pengguna yang masih rendah dan penggunaan bahan cetak rompak adalah penyelesaiannya. Inovasi pula merupakan proses mengeksploitasi idea-idea yang membawa kepada penciptaan produk, proses, atau perkhidmatan baru. Proses membuat inovasi ini mempunyai pelbagai teori khususnya persaingan dalam bidang perniagaan dan masih terdapat banyak perselisihan faham dalam aspek inovasi ini disebabkan oleh isu hak cipta seperti apple dan samsung yang sering membawa isu ke mahkamah tentang produk yang dikeluarkan. Manakala perkongsian pula merupakan antara pemangkin utama dalam perkembangan web 2.0 khususnya untuk maklumat yang berbentuk kegunaan dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Jadi layan gambar berikut yang boleh menjelaskan 3 perkara tersebut secara asasnya walaupun tidak begitu menyeluruh:

Cetak Rompak Dalam Industri Muzik Sebelum Penggunaan ICT


Klik untuk sumber gambar


Inovasi Penting Untuk Menyelesaikan Masalah
Klik untuk sumber gambar


Kanak-Kanak Suka Berkongsi Apa Yang Mereka Ada
Klik untuk sumber gambar

Apa Yang Dikongsi Dalam Web 2.0 dan Merentasi Sempadan Secara Global
Klik untuk sumber gambar


Nota Tomato:
1. Teringat aku ngan adik aku yang kedekut nak "share" gula-gula masa dia sekolah tadika. Adik aku masa tu memang tangkai jering nak mampus dan suka pecahkan pinggan...hahahahahaha
2. Copy paste bahan untuk assignment tu bukan sharing ye... tu plagiat, nanti kita bincang isu plagiat ini kemudian kalau ada kesempatan dan idea.



Jom Buat Email Khas Untuk MeCOM 2010

Email adalah satu revolusi yang telah menyebabkan penggunaan surat semakin dilupakan khususnya untuk golongan digital natif pada hari ini. Dengan kadar 2900 juta akaun dibuka sehingga tahun 2010, adalah mustahil email akan dipinggirkan penggunaannya hingga dekad-dekad mendatang. Malahan untuk membuka laman sosial mahupun platform seperti blog dalam teknologi web 2.0 ini, penggunaan email adalah amat penting dan individu yang tidak memiliki email pada hari ini boleh dianggap sebagai ketinggalan kerana, tiada email bermakna tiada blog, tiada akaun laman sosial, dan boleh dianggap digital immigrant yang super saiya peringkat cabuk...hahahhahahahahaha. Layan maklumat menarik tentang email berikut.
 

by NowSourcing via


Nota Tomato:
1. Sumber Infografik
2. Kali pertama aku ada akaun email ialah sedekad yang lalu dengan mlanau@hotmail.com, tapi sekarang dah bersepah pishing dan scam masuk. Selalu juga click report button, tapi aku heran ...tiada perubahan langsung.
3. 18 peratus dari 107 trillion adalah spam...erk, banyak yang terlampau walaupun peratusan masih lagi rendah... jaga akaun email anda daripada serangan SPAM.



Literasi Maklumat Part 2

Dalam bahagian 1, Literasi Maklumat dijelasakan menggunakan pengertian perkataan. Pada bahagian ini, video ringkas menjelaskan tentang pengertian literasi maklumat ini amat baik dan digabungkan dengan 6 aspek penting dalam proses mendapatkan maklumat melalui model "The Big Six Information Skill". Diharap dalam bahagian seterusnya, perbincangan tentang literasi maklumat yang ringkas akan dapat dibuat...terima kasih.



Nota Tomato:
1. Sumber Video
2. Literasi maklumat penting untuk melahirkan generasi Digital Natif yang mempunyai jati diri yang kukuh

Belajar Bagaimana Untuk Belajar

Pembelajaran yang efektif memang merupakan antara langkah yang menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar di peringkat sekolah mahupun institut pengajian tinggi. Infografik berikut menjelaskan bagaimana kajian yang menunjukkan cara belajar yang boleh dilakukan oleh pelajar diperingkat IPT. Layan...






Nota Tomato:
1. Sumber Infografik
2. Belajar secara berkumpulan lebih baik... tapi kumpulan belajar yang baik lebih memberi faedah daripada kumpulan belajar biasa. Hehehehhehehe



Sunday, November 27, 2011

Sejarah Microsoft Dalam Bentuk Infografik Menarik


Apabila berbincang tentang Microsoft, perkara yang muncul dalam kepala otak aku ialah perkembangan bidang kejuruteraan perisian yang dipelopori (macam monopoli juga kot) oleh syarikat gergasi ini dalam perkembangan teknologi maklumat dan berkomputer pada hari ini. Walau bagaimanapun, generasi "Digital Immigrant" seperti aku tidak dapat menguasai dengan menyeluruh apa sahaja yang berkaitan dengan perkembangan sistem pengoperasian (OS) yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi ini. Malahan aku hanya sempat menggunakan OS window XP yang banyak memberi impak dalam perkembangan pelbagai bidang khususnya sistem pendidikan negara.

Walaupun terdapat OS yang percuma seperti Ubuntu, Mint, Fedora, openSUSE, dan Debian, window masih lagi menguasai pasaran OS khususnya di negara-negara dunia ketiga. Bukan aku nak ulas tentang OS ne, sebenarnya infografik di bawah yang sangat menarik minat aku dan 4 aspek penting difokuskan iaitu sejarah (latar belakang) microsoft, perkembangan saham, rekod jualan, dan keuntungan syarikat. Infografik ini sangat menarik dan penuh maklumat... sangat bersesuaian untuk kegunaan pembelajaran.




via



Nota Melanau:
1. Sumber asal infografik.
2. Pembaca boleh mendaftar akaun dan menghasilkan infografik sendiri di visual.ly
3. Laptop aku masih menggunakan OS window XP home premium dan desktop menggunakan OS Window 7 Ultimate. Tapi aku jarang melayari internet menggunakan laptop disebabkan OS ini sangat-sangat terdedah kepada golongan penjenayah cyber.
4. Teringat anak Bill Gates yang lawa Jennifer Katharine Gates


Literasi Maklumat Part 1

Kenapa tajuk entri ada pecahan pada kali ini? Sebenarnya tajuk tersebut akan kami bentang dalam kumpulan pada masa kuliah seterusnya dan soalan diberi pada kuliah 28 November 2011. Tanggapan awal adalah berkaitan dengan perkataan yang membentuk frasa iaitu "LITERASI MAKLUMAT". Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan LITERASI membawa makna kebolehan menulis dan membaca, dengan istilah celik huruf sebagai frasa yang mudah digunakan semasa zaman saya di bangku sekolah hampir 2 dekad yang lepas. Kemudian perkataan MAKLUMAT pula adalah kata nama yang sinonim dengan perkataan keterangan, perincian, kenyataan, data, fakta, pengetahuan, dan kenyataan. Oleh kerana "maklumat" adalah kata nama, maka perkataan ini akan membawa maksud yang berlainan apabila digabungkan dengan perkataan-perkataan tertentu. Aku pun tak pasti nak jelaskan dengan lebih lanjut sebab bukan guru bahasa, cuma secara simboliknya frasa "pemprosesan maklumat" berbeza dengan "teknologi maklumat' dan "literasi maklumat".

Bingung adalah sikap semulajadi manusia
Kebingungan diatasi dengan ilmu pengetahuan


Berdasarkan terjemahan dua perkataan tersebut, dapat disimpulkan dengan pengetahuan bahasa dan kemahiran dalam ICT aku bahawa frasa LIETERASI KOMPUTER merujuk kepada kemahiran memanipulasi data seperti yang menjadi asas kepada perkembangan teknolgi web 2.0 dewasa ini. Peralihan daripada teknologi web 1.0 ke web 2.0 sukar untuk direalisasikan sekiranya aspek literasi maklumat ini tidak menjadi sebahagian penting pemangkin kepada perkembangan teknologi maklumat ini...bersambung untuk entri seterusnya

Nota Tomato:
1. Teringat kat rakan guru yang cari maklumat daripada google berjam-jam dan tak jumpa bahan yang dicari...kesian, "digital immigrant" biasalah kan. Nantikan entri khusus oleh warga MeCOM tentang istilah tu...
2. DBP juga dikenali sebagai Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
3. Aku masa sekolah selalu dapat hadiah kamus semasa majlis penyampaian hadiah akhir tahun, berlambak tu kamus sampai aku bagi ngan sepupupu yang lain. Tapi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada platform atas talian... rujuk sini dan LIKE facebook mereka di sini


Pemain Bola Sepak Pun Kena Jadi Knowledge Worker 2.0

“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Keyakinan yang dinyatakan oleh jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee di atas berdasarkan temubual wartwan kosmo semasa latihan pasukan. Apabila terbaca berita ini, memang tidak boleh dinafikan perkembangan sukan-sukan berprestasi tinggi di Malaysia, turut disokong oleh sistem pendidikan melalui kewujudan sekolah-sekolah sukan. Malahan perkembangan sukan di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun jelas membuktikan peranan sistem pendidikan sebagai pemangkin kemajuan sukan sesebuah negara di samping kewujudan baakat semulajadi pemain, pengurusan yang terbaik, dan sistem pemakanan dan kejurulatihan yang bertaraf dunia. 

Walaupun warga MeCOM kebanyakkannya adalah kaki bangku, tetapi aku akui kami boleh bermain permainan bolasepak maya dengan lebih baik daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. Hahahahahahahaha...malahan perkembangan prestasi semasa pasukan kebangsaan dan pasukan Harimau Muda memang mencetus semangat bolasepak warga Malaysia seperti zaman kehebatan SuperMokh lewat 1970-an dahulu. Rasanya kehebatan pemain negara pada zaman tersebut boleh disimbolikan dengan istilah "knowledge player 2.0" kerana kehebatan pasukan negara memang digeruni dirantau Asia. Rata-rata pemain sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an adalah pemain yang disegani di rantau Asia Tenggara dan hari ini hanya nama seperti Khairul Fahmi, Safee Sali, Badrol Bakhtiar, dan Safiq Rahim adalah pemain pasukan Harimau Malaya yang boleh dikira top ranking dalam negara. Kemenangan dalam pertandingan AFF Suzuki dan Sukan SEA di Indonesia tidak mampu memberi suntikan kemenangan kepada pasukan Harimau Muda semasa menentang Bahrain baru-baru ini. Walau bagaimanapun, perlawanan pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 November 2011.

Jurulatih pasukan Harimau Muda yang berjaya menyuntik semangat anak muda Malaysia sehingga pingat emas (ibu segala pingat emas) sukan SEA 2011 masih mempunyai keyakinan terhadap kemampuan pasukan untuk menentang Bahrain dan segala-galanya bakal disaksikan nanti. Tetapi jika pasukan Harimau Muda boleh menjadi knowledge worker 2.0 di atas padang, kejayaan menentang pasukan Bahrain boleh direalisasikan. Malaysia Boleh!



Nota Tomato:
1. Rugi rasanya tidak dapat melihat kehebatan pasukan Malaysia yang pernah membelasah pasukan Jepun dengan 11-0
2. Semoga pasukan Harimau Muda akan dapat meneruskan perjuangan dalam misi ke sukan olimpik 2012

Saturday, November 26, 2011

Majlis Konvokesyen UMS Kali ke -13

Majlis konvokesyen ibarat matlamat yang menjadi fokus golongan siswazah mana-mana institusi pengajian tinggi daripada tahap diploma hinggalah phd sekalipun. Majlis ini dipenuhi dengan amanat dan lambang kepada pihak organisasi terlibat untuk menyemarakkan budaya ilmu dalam organisasi tersebut. Walau bagaimanapun, bagai golongan siswazah, majlis konvokesyen ini merupakan satu pencapaian yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata dan hanya senyuman dan kegembiraan di wajah melalui gambar kenang-kenangan sahaja yang mampu menjelaskannya. Kemudian bagi kami pelajar MeCOM Cohort ke-2 pula, kenangan majlis konvokesyen kami ada cerita tersendiri dan matlamat kami adalah untuk sama-sama berkumpul pada majlis konvokesyen UMS kali ke-14 nanti bersama-sama sebagai seorang warga pendidikan yang mampu dan terlibat menjana tranformasi dalam sistem pendidikan negara. (2 orang pensyarah PTPL, 5 orang guru, dan 1 berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah). Kenangan majlis konvokesyen kami adalah berbeza tetapi kami sudah terlibat dengan kuliah semasa warga UMS bergembira di tapak Majlis Tamu Gadang dan Dewan Konvokesyen selama 2 tahun berturut-turut dan semoga majlis yang ketiga nanti, kami akan bersama-sama menerima skrol sarjana.

Logo Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah 2011

Nota Tomato:
1. Bolehkah majlis konvokesyen seperti di Malaysia membentuk "knowledge worker 2.0"?
2. Majlis konvokesyen di negara-negara maju lebih ala kadar dan pengiktirafan terhadap kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan lebih diberi penekanan berbanding fokus kepada pesta yang gilang gemilang di Malaysia.
3. Konvokesyen UMS kali yang ke-14... aku nak salam dengan Canselor UMS. Dulu-dulu tak sempat.



Semangat Berani Mencuba

Hi, Testing testing welcome...

Kami adalah berbeza


Senarai Penulis MeCOM UMS


Dr. Sabariah Sharif
Siapa anak kecil cute ini? Hehehehehehehe... inilah generasi yang bakal membawa tranformasi dalam budaya pendidikan di Malaysia. Sebenarnya ne gambar profil akaun facebook yang biasa bagi pelajar MeCOM...beliau merupakan super admin dalam blog perbincangan khusus tentang teknologi yang berkaitan dengan bidang pendidikan ini...

Fannie Ferdinand
Budak dua orang di sebelah ne memang best friend dan muka adik beradik ne memang saling tak tumpah dengan mama diaorang. Ibarat kata pepatah melayu, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tapi beliau bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan dan bukan dan bukannnnnn... sebab aku yang update entri ini pun tak tahu... Sorry Fannn... "Just for fun" jangan ambik hati... nanti kena jual dan cepat tua... Kemudian budak UTM cool ah! yo....

Abdul Basit Mokhtar & Farahiah Huda Husin
Bila Kelantan + Selangor = Kelas... hahahaha! Sebab dua ne memang class gitu macam ayat artis. Kedua-dua ne lepasan sarjanamuda pendidikan dengan ICT UPSI dan merupakan suami isteri yang sanggup menempuh cabaran berkhdimat di SMK Pitas II yang lokasinya jauh berbeza dengan tempat asal mereka. Farah paling banyak cakap di kelas dan super saiya rajin dia tak yah nak cakap. Si Basit lak ne orang yang paling kami harap kalau bab mengurus (ayat biasa...bereh-bereh) dan kalau aku kaya... aku lantik dia jadi PTD di Company aku... surely GOTU...

Franjie Haji Abdul Rahman
 Siapa tak kenal dia ne angkat tangan... bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Komputer. Dulu dia kaki komputer sekarang dah tangan kamera lak...aku tak tahu dia guna camera DSLR apa, cuma nampak macam Nikon kot (Trollll). Kalau tak tahu dia ne adalah guru penyelaras ICT paling "cool" di daerah Kota Kinabalu dan paling disayangi oleh actor dan actress di SK Sembulan Kota Kinabalu. Selain itu, beliau adalah ketua kami yang paling rajin datang ke SPPS, UMS dan paling cepat menghantar berita melalui HP. Aku selalu tunggu sms dia... Kelas dibatalkan... jom aku belanja semua korang di KFC. Hahahahahahahahahahaha...
Sitti Junaida Ambo


Ini orang yang paling kanan antara yang kekananan di kelas dan kawan rapat si Fannie...apa sahaja mesti diaorang dapatkan kata putus semasa membuat tugasan dan sebagainya. Merupakan lulusan sarjanamuda "Networking Engineering" dari University of Princeton (UPM). (Ayat kampung2..Dulu atuk aku ambik degree di Universiti Pertanian Malaysia sampai semester 2 ja, sebelum jadi petani moden) Sekarang berkhidmat sebagai pegawai LINUS di PPD Tawau dan sanggup berulang alik dari Tawau ke Kota Kinabalu demi perjuangan mendapatkan Sarjana MeCOM ini. Suka bawa makanan tradisi masyrakat tawau dan jangan lupa... dia pandai Mandrin dan menguasai beberapa loghat Chinese... jangan kutuk, nanti kena 谈话...

Marie Shirlean Mekilen
Pensyarah paling disayangi di Kolej PTPL Kota Kinabalu... kalau tak percaya, trylah tengok di wall facebook beliau. Malahan setiap kali aku upload gambar kelas... budak-budak PTPL yang paling banyak LIKE dan komen... ayat skema budak PTPL...waaa Miss Marie...Miss Marie... LIKE LIKE LIKE... Beliau merupakan "colleagues" si Franjie semasa mengambil jurusan Sains Komputer : Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaysia Sabah... tapi still my junior maaaaa... junior, kita ulangggg... junior. hehehehehehehehehehe. Tangan berbuah adalah perkataan favourite dia ne...disamping buah tangan...

Roy Bonie Bernard
Ini adalah partner tugasan aku semester ini sehingga tamat pengajian, kami dua kena reject oleh ahli kumpulan sebelum ini sebab dulu satu kumpulan 3 orang, sekarang 2 orang. Aku kena mengalah sebab ikut kumpulan suami isteri dan beliau ne kena mengalah ngan si Franjie yang merupakan King of MeCOM... hahahahahahaha, jangan marah ah! jangan marah! Allahyarham P. Ramlee cakap nanti kena jual. Sebenarnya kami 2 ne selalu lepak di stesen minyak sambil minum 100 Plus sebab dia tinggal di KK dan bertugas di Kota Belud dan aku lak tinggal di Kota Belud dan bertugas di Kiulu... jadi kami selalu buat mesyuarat tertutup di stesen minyak Tuaran sambil menikmati keindahan stesen minyak tersebut (ayat tutup malu sebab mengantuk) hahahahahahahahahaha... beliau lulusan kejuruteraan komputer dari UNIMAS dan pernah berkhidmat di Sarawak... Land of Hornbill...

Yau Pool Chern
Nah kembar macam si Farah... tapi ini masih kecil lagi, baru kurang 1 tahun umur diaorang dua. Dua-dua ne Natif Digital dan merupakan mix Sabahan dengan Penang = Sape??? Sebenarnya bapa diaorang dua ne yang aku nak cerita...tersasul lak. Lulusan sarjanamuda pendidikan ICT dari UPSI dan berkhidmat di SMK Kota Marudu sejak tahun 2003 kalau tak silap. Beliau adalah seorang yang cool dan tak banyak cakap sebab suka dengar orang bercakap dan akan bercakap juga kalau time cerita-cerita. Serius... mula-mula kenal mesti korang ingat dia Sabahan Chinese sebab cakap Bahasa Malaysia takda slang2 langsung...kemudian sebab loghat macam sabahan sikit la. Entahlah... dia ne memang cool, aku masih nak dia bercakap mandrin dengan si Sitti Junaida sebab aku nak belajar... aku tahu loghat foochow ja. wakakakakakakakakaka...

Junaidi bin Mohamed
Nah... ne lak aku yang berasal dari kampung sebab tu entri ne bahasa pun kampung-kampung ja... picture profil pun kampung-kampung. Makanan pun kampung-kampung... hahahahaha. Tapi aku seorang sahaja dalam kumpulan ne sesat sebab lulusan Sarjanamuda Pendidikan dengan Sains Sosial (Sejarah / Geografi) UMS. Aku adalah generasi pertama yang menggunakan kampus baru UMS dalam tahun 2003. Masa tu bangunan SPPS pun tak siap lagi, menumpang di SST dan generasi aku juga yang pertama menggunakan bangunan SPPS, generasi pertama yang menggunakan Dewan Konvokesyen UMS tu. Hahahahahahhaha... dulu kami sempat naik lori angkat batu pergi kuliah dari kolej kediaman Kampung C. Jadi kalau blog ne kampung-kampung sikit tu pasal aku lah tu...

Nota Tomato:
1. Senarai penulis akan diupdate mengikut keperluan dan "Tomato" ne merujuk kepada frasa "orang Matu" mengikut bahasa Melanau Loghat Matu. Bukan buah tomato tuuuuuu... sebab kalau orang Sabah kami panggil tosabah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...